Tindakan2 selepas pengisian :
1. Aku akan pastikan (berusaha bersungguh2) agar pada setiap hari, sifat kemalaikatan akulah yang menang mengatasi sifat kesyaitanan dan kehaiwanan.
2. Aku hendak membawa 4 elemen ini iaitu adab, akhlak, benar dan kukuh dalam seluruh kehidupanku, agar ia menjadi sebahagian daripada isi ad-diinku.
3. Aku akan cuba pertahankan dapatan2 (solat2 sunat, zikrullah, tilawah dan tadabbur) aku pada bulan Ramadhan yang lalu ke sepanjang 11 bulan selepas Ramadhan ini, sampailah ke Ramadhan yang akan datang.
4. Aku akan berusaha untuk mahirkan diri dengan 8 bangsa mengenal (kenal diri, Allah, dunia, akhirat, syaitan, malikat, yang haqq & yang batil) dan mengamalkan 8 bangsa mencinta (cinta Allah, Kitabullah, Rasulullah, as-sunnah, diri, ummah, ibadah & dakwah).
5. Aku akan selalu peka dengan maklumat2 semasa, dan aku akan berusaha untuk menyaring mana yang lebih penting dan mana yang sebenar penting.
6. Umumnya aku akan berkawan dengan semua orang, tapi yang sampai ke tahap karib, aku akan pilih. Biarlah yang keagamaannya bagus.
7. Aku hendak istiqamah akan amal2ku. Maka langkah awalnya adalah aku kenalah istiqamah akan masa2nya lebih dahulu.
8. Aku akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana matlamat terawal dalam tasawuf sufi ini adalah berlakunya perubahan diri.
Tanpa tindakan, apalah ertinya ilmu?
Tanpa perubahan, apalah ertinya banyak tahu?
- Pengisian oleh Pak Long Abu, Pengajian 4 Sekawan al-Ghazaliyah 2
No comments:
Post a Comment