Monday, June 3, 2024

Cara Dapatkan Sifat Tawadhuk

 

Salam tuan ustaz. Maaf mengganggu. Nak minta nasihat/ tips/ pandangan tuan ustaz bagaimana nak dapatkan sifat tawadhuk dan rendah diri? Semoga tuan ustaz dalam limpahan rahmat Allah SWT selalu.”


Waalaikumussalam. Tawadhuk merupakan salah satu daripada sifat2 mahmudah, iaitu sifat2 yang terpuji di sisi Allah. Tawadhuk ertinya tidak meninggi diri, tidak angkuh, tidak ego, dan bersikap merendah diri khususnya kepada Allah dan umumnya kepada makhluk.


Antara usaha yang boelh dilakukan untuk mendapatkan sifat tawadhuk :

1. Mohon kepada Allah. Kita berdoa, bermunajat, solat hajat dan sebagainya – minta kepada Dia. Pada hakikatnya, hanya Dia sahaja yang ada kuasa untuk beri kepada kita sifat tawadhuk.

2. Belajar dan dalami ilmu tasawuf.

3. Selalu berada dalam kalangan orang2 yang tawadhuk.

4. Cuba contohi ketawadhukan orang2 yang kita rasa mereka ada sifat tawadhuk.

5. Banyaklah beristighfar memohon ampun kepada Allah atas kesilapan dan dosa selama ini. Penyesalan atas kesilapan dan dosa memang membantu dalam membina sifat tawadhuk.

6. Sesekali ingat2lah akan kematian. Hal ini juga sangat membantu dalam membina sifat tawadhuk.


25.5.24

No comments: