Sunday, June 23, 2024

Ilmu As-Sa’ah oleh Tuan Ibnu Idris al-Ghazali

 

Perkongsian Ilmu As-Sa’ah oleh Tuan Ibnu Idris al-Ghazali :


1. Pengasas sebenar ilmu as-sa’ah ini tidak lain ialah Rasulullah saw. Kemudian ia lebih dimahiri oleh Huzaifah ibnu Yaman ra. Manakala yang mengasaskannya sebagai satu ilmu yang berdiri sendiri pula ialah Imam al-Ghazali.

2. Huzaifah r.a banyak kelebihannya.

3. Imam a-Ghazali juga banyak kelebihannya. Beliau seorang mujaddid, dan mujtahid pula dalam keempat2 tiang ad-diin (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah).

4. Empat ilmu yang turun bersama2 melalui sanad Tariqah Ghazaliyah ialah ilmu al-iman, ilmu al-ihsan, ilmu al-sa’ah dan ilmu alam Imam al-Ghazali)

5. Bagaimana mahu selamat? Kenalah ada ilmu mengenal dan membeza.

6. Keutamaan pengisian pada era ini ialah ilmu tentang zaman akhir, bukannya ilmu tentang akhir zaman.

7. Pengajian2 akhir zaman banyak ada, tetapi pengajian2 zaman akhir sukar dijumpa.

8. Menuntut ilmu as-sa’ah tidak akan menjadikan kita takut melampau sebaliknya kita lebih bersemangat dan lebih bersedia.

No comments: