Ringkasan Pengisan oleh Pak Long Abu al-Ghazali dalam Pengajian 4 Sekawan Al-Ghazaliyah :
1. Insya-Allah kehadiran dan pengorbanan kita ke majlis tarbiah mendapat manfaat berupa kasih sayang Allah, pahala, ilmu, semangat, persaudaraan dan sebagainya.
2. Dengan mengenal yang 8 (kenal diri, Allah, dunia, akhirah, syaitan, malaikah, yang benar & yang salah), kita lebih berpotensi untuk selamat di dunia dan di akhirat. Dan dengan mencintai yang 8 (cinta Allah, Kitabullah, Rasulullah, as-sunnah, diri, ummah, ibadah & dakwah) pula, insya-Allah maqam kita di sisi-Nya akan lebih tinggi.
3. Ada 3 jenis syaitan iaitu yang daripada bangsa jin, bangsa manusia dan yang dalam bentuk sifat. Apabila manusia dicipta, Allah SWT memasukkan 3 sifat ke dalamnya iaitu sifat2 kemalaikatan, sifat2 kesyaitanan, dan sifat2 kehaiwanan. Sifat kemalaikatan mengajak kita kepada taat yakni kebaikan. Sifat kesyaitanan mengajak kita kepada tidak taat (kejahatan). Sifat kehaiwanan pula mengajak kita kepada hidup sebagaimana haiwan2. Ketiga2 sifat ini saling berusaha untuk menjadi pemenang. Tajdidkan diri - tafakkurkan dan pastikan yang pada setiap hari, sifat2 kemalaikatanlah yang menjadi pemenangnya. Ada pelbagai cara untuk mengalahkan syaitan, cuma kata orang tua2 : “Petua mengalahkan ilmu.”
4. Ada empat pakaian para penyampai ilmu iaitu adab, akhlak, benar dan kukuh. Semua ini diinspirasikan daripada sifat2 unggul yang ada pada diri 4 khulafa’ ar-rasyidin iaitu Saiyidina Abu Bakr, ‘Utsman, ‘Umar dan ‘Ali r.hum. Macam mana kita hendak memelihara 4 elemen ini ketika membuat penyampaian? Kita kembali sahaja kepada 4 Tungku Agama khususnya kepada Rukun Ad-Diin ke-3 iaitu Rukun Al-Ihsan. Tajdidkan diri – cubalah bawa keempat2 elemen ini dalam keseluruhan hidup kita.
5. Salah satu kaedah (bukan satu2nya kaedah) untuk menilai atau mengagak sejauhmana amal ibadah kita pada Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah dan setinggi mana penerimaannya adalah dengan memerhatikan amal ibadah kita selepas tamat Ramadhan, atau dalam kata lainnya pada sepanjang 11 bulan setelah Ramadhan sehinggalah ke Ramadhan yang akan datang. Maka kita cubalah menilai kualiti Ramadhan masing2. Masih adakah solat2 sunat (selain terawih), zikrullah, tilawah & tadabbur, dan yang lain2 ketika ini. Padahal masa Ramadhan lalu kita letih, bekerja, bertarawih, bangun awal untuk bersahur dan sebagainya, tapi mampu pula kita buat. Mengapa selepas Ramadhan banyak yang merudum atau hilang terus? Masa Ramadhan, kita menjaga mulut, tangan, mata, telinga, kaki dan lain-lain. Kini, masih banyakkah itu semua? Umumnya, sejauhmana dapatan kita (penerimaan Allah) pada Ramadhan yang lalu, itulah yang menghasilkan diri kita pada hari ini. Walahua’lam. Tajdidkan diri – bertekadlah untuk istiqamah akan amal2 pada Ramadhan yang lalu pada sepanjang 11 bulan selepas Ramadhan ini.
6. Manusia ada banyak, tapi tidak semua sesuai dibuat kawan. Kawan pun ada banyak, tapi bukan semua sesuai dibuat karib. Kita kena berhati2 kerana kawab karib ini akan saling mempengaruhi sam ada secara sedar atau tidak.
Antara ciri2 orang yang sesuai dibuat kawan tetapi jika boleh elakkan daripada menjadikannya karib (melainkan atas sebab2 dakwah dan seumpamanya) ialah :
i) Apabila kita melihat, terlihat atau teringat (melihat dengan mata hati) akan dirinya, kita makin jauh daripada agama.
ii) Apabila kita duduk dengannya, kita makin lupa pula akan agama.
iii) Apabila kita mendengar cakap2nya, kita makin menjauh pula darpada agama.
Antara ciri2 orang yang sesuai pula dijadikan karib ialah :
i) Apabila kita nampak atau teringat (nampak dengan mata qalbu), kita teringat akan agama... juga.
ii) Apabila kita duduk2 dengannya, kita terasa mendekat dengan agama ... juga.
iii) Apabila kita mendengar kata2nya, semangat kita untuk beragama bertambah... juga.
Tajdidkan diri – teruslah berkawan tetapi pilih2lah yang mahu dijadikan karib.
7. Jika kita hendak istiqamah akan amal2, kita hendaklah berusaha untuk istiqamah akan masa terlebih dahulu, yakni waktu2nya.
8. Insya-Allah satu2nya ilmu ad-diin yang tidak akan dapat di AI kan ialah ilmu tungku al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah) peringkat tinggi. Ilmu2 tiang ad-diin yang lain umumnya boleh di AI kan semua baik ilmu al-islam, al-iman, as-sa’ah mahupun ilmu2 al-ihsan tingkat rendah dan menengah. Mengapa? Kerana ilmu2 al-ihsan tingkat tinggi itu bukan berada dalam wilayah info, wilayah maklumat, dan wilayah aqal tetapi wilayah qalbu. Ia bukan ilmu dalam wilayah pemindahan maklumat.
9. Ilmu tasawuf ini lebih kepada tindakan, bukannya lebih kepada maklumat walaupun kepentingan maklmuat itu tidak dinafikan malah mesti dicari. Selalu orang salah faham kononnya lagi banyak maklumat maka lagi cepatlah tinggi maqam di sisi Allah, lalu mereka sibuk mengumpul makumat demi maklumat tetapi asyik duduk berdiam sahaja. Padahal menurut Imam al-Ghazali dalam kIhya’ ‘Ulumuddin, matlamat terawal dalam tasawuf sufi adalah berlakunya perubahan diri. Ertinya ada tindakan2. Bukannya matlamat terawal itu banyaknya tahu itu dan ini. Jika mahu mencapai maqam2 selepas daripada ma’rifah (awwaluddin) iaitu nisfuddin, akhiruddin dan kamaluddin, tidak cukup dengan maklumat tetapi kena dengan tindakan. Tajdidkan diri – elakkan duduk “bertapa” dan sibuk mengumpul maklumat sahaja, tetapi banyakkan juga tindak.
10. Maksud mimpi payung berbalut kain putih, mimpi memancing di bot ketika ribut, dan mimpi tasbih yang cantik2.
11. Kita mestilah membanyakkan syukur kepada Allah kerana Dia masih hidupkan kita hingga ke saat ini. Antaranya hikmahnya adalah kerana Dia kasihkan kita dan mahu terus beri peluang kepada kita untuk menambah ilmu2 agama, memperbaiki diri, dan meningkatkan maqam2 di sisi-Nya. Semasa hidup inilah pun kita hendak mengumpulkan sebanyak2nya pengetahuan agama, membuat sebanyak2nya perubahan, dan mencapai ketinggian maqam2 yang termampu. Sebaik2 sahaja kita mati, terputuslah selama-lamanya segala peluang2 ini.
No comments:
Post a Comment