Sunday, June 23, 2024

Syarahan Risalah Ath-Thayr oleh Abu Rayyan al-Ghazali

 

Syarahan Risalah Ath-Thayr (Risalah Burung) karya Al-Ghazali oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali :

1. Dalam Risalah Burung ini Imam al-Ghazali banyak menggunakan kiasan.

2. Pada tahun 2018 yang lalu sudah pernah disyarahkan.

3. Hendak memahami Risalah Burung ini kita back to basic iaitu tauhid. Kita kena mengenal qalbu kita.

4. Pada hakikatnya, kita tiada sebarang daya upaya. Kita berguru, kita hidup, kita hadir dan sebagainya semua itu adalah atas izin Allah.

5. Jangan sia2kan umur kita kepada selain Allah.

6. Setiap hari Allah melihat ke dalam qalbu kita.

7. Jasad kita ini boleh menjadi sarang burung atau kandang ternak.

8. “Burung” merupakan simbolik kepada jiwa, qalbu, juga ruh.

9. Dengan ma’rifat Zat, kita tahu Allah wujud dalam keEsaanNya. Dengan ma’rifat sifat, kita tahu Allah bersifat dengan Petahu, Pedengar, Pelihat dan lain-lain.

10. Ma’rifah merupakan buah daripada tauhid.

11. Tanda ma’rifat – hidupnya qalbu bersama-Nya.

12. Matahari ma’rifat lebih unggul daripada matahari biasa. Matahari biasa akan tenggelam pabila tiba malam.

13. Cara untuk kita mendapatkan ilmu aalah melalui pengajian insani dan pengajian rabbani.

14. Kesemua 8 Bangsa Mengenal (kenal diri, Allah, dunia, akhirah, syaitan, malaikah, yang benar & yang salah) itu umumnya termasuk dalam Risalah Ath-Thayr ini.

Sinopsis Risalah Burung – Sekawan burung hendak mencari raja burung. Banyak rintangan dalam perjalanan mereka. Akhirnya mereka berjaya sampai.

No comments: