Monday, June 3, 2024

Akidah, Tauhid, SPM

 

Keputusan SPM saya tak sebaik yang diharapkan le pak long.”


Alhamdulillah. Syukur. Tak mengapa. Teruskan pelajaran dan perjuangan. SPM memang penting. Dan yang lebih penting ialah :

1. kamu hendaklah mengenal Allah, tidak setakat tahu Allah.

2. kamu betulkan pengabdian dan tepatkan sembahan. Jangan kamu berabdi dan menyembah sesuatu yang selama ini kamu sangka sebagai Allah tetapi sebenarnya bukan Allah. Jika kamu tidak mengenal, bagaimana kamu hendak tahu bahawa itu Allah atau tidak? Bagimana kamu boleh yakin bahawa pengabdian kamu betul dan sembahan kamu tepat?

3. Dalam hal ehwal aqidah dan tauhid bukan boleh main agak2, ikut2, sangka2 dan rasa2. Kalau dalam hal ehwal lain, boleh tahan lagilah (walaupun kita tak mahu jadi begitu). Tersilap pengabdian dan sembahan, habisss, syirik jadinya.

4. Setelah kita berguru dan belajar barulah kita terperasan bahagian2 yang salah betulnya pengabdian dan tepat tidaknya sembahan.


Utamakan yang lebih penting berbanding yang penting2. Semua yang lebih penting dan yang penting2 itu kita usahakan dengan gigih.


1/6/24

No comments: