Friday, June 7, 2024

Persoalan Tentang Imam Ghazali dan Kitab Ihya Ulumiddin

 

Soalan : Bolehkah Saya tahu tentang kitab ihya ulumuddin yang dibuat oleh imam Al ghazali untuk apa?


Jawapannya : Antara tujuan Imam al-Ghazali mengarang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin :

1. Untuk menghidupkan ilmu2 agama yang sudah mati pada zamannya. Nama Ihya’ ‘Ulumuddin itu sendiri bermaksud Menghidupkan Ilmu2 Agama.

2. Untuk menyelamatkan agama dan umat Islam daripada ajaran2 Syi’ah, tajsim, falsafah Yunani, hasyasyin, anti hadith, ajaran2 sesat dan agama2 lain.

3. Untuk kongsikan dapatannya dalam uzlahnya selama bertahun2 itu dengan umat Islam dan generasi yang akan datang.


Soalan : Soalan seterusnya kejayaan yang beliau dapatkan selepas membuat kitab ini?


Jawapan : Kitab ini merupakan kitab soal hati (soal qalbu) tangan pertama (ertinya yang ditulis sendiri) yang terbesar dalam Islam. Kitab ini juga merupakan kita huraian qalbunya Rasulullah saw yang terbesar dalam Islam.

Antara kejayaannya ialah :

1. Beliau berjaya mengasaskan Tarekat Ghazaliyah, yang mana kitab Ihya’ ini merupakan “pakaian” utama bagi para pengamal Tarekat Ghazaliyah.

2. Lalu lahirlah raja2 bertarekat Ghazaliyah seperti Sultan Muhammad Tapar (Daulah Seljuk), Sultan Ahmad Sanjar (Daulah Seljuk), Sultan Imaduddin Zangki (Raja Syam), Sultan Nuruddin Zangki (Raja Syam), Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Daulah Ayyubiyah) dan anak2nya, Sultan Abdul Mu’min (Daulah Muwahhiddun), dan lain2. Semua ini merupakan raja2 yang banyak menghadapi tentera salib dalam Perang Salib.

3. Beliau diperakui sebagai mujaddid bagi kurun ke-5 Hijrah. Setiap 1 abad ada seorang mujaddid.

4. Berjaya menghidupkan semula ilmu2 agama yang sudah mati pada zamannya itu.

5. Berjaya menyelamatkan agama dan ramai umat Islam daripada ajaran2 Syi’ah, tajsim, falsafah Yunani, hasyasyin, anti hadith, ajaran2 sesat dan agama2 lain.


6/7/24

No comments: