Setelah sekian lama mengajarkan ilmu ‘aqidah dan tauhid, maka banyaklah permasalahan berkaitan yang sahaya jumpa, sama ada secara berhadapan muka atau melalui teknologi maya. Orang yang tidak mengajar mungkin tidak pernah ketemu atau jarang2 sekali ketemu. Tapi yang mengajarkannya, macam2 ada termasuklah yang pelik2 dan yang tidak pernah kita terfikir bahawa ada manusia yang akan terfikir sebegitu. Yang melucukan pun tak kurang. Begitulah... jika kita tidak berguru dan belajar maka yang salah dan yang kurang biasanya tidak kita tersedar. Setelah kita berguru dan belajar barulah nampak hal2 tersebut.
Di bawah ini sahaya kongsikan sebahagiannya yang sempat diingat :
1. Orang yang tak tahu siapa atau apa yang dia sembah selama hari ini. Dia sekadar ikut2 sahaja.
2. Orang yang baru tersedar bahawa selama hari ini dia berTuhankan huruf alif lam lam ha dan menyembah huruf2 tersebut. Ertinya dia berIlahkan makhluk kerana huruf2 itu adalah makhluk. Waktu solat dan berdoa, dia akan menggambarkan huruf2 tersebut sebagai tujuannya. Orang ini sudah berusia 60-an.
3. Orang yang menyangkakan bahawa huruf2 itulah Allah iaitu itulah Tuhan, Rabb, Ilah, Maalik. Ertinya orang ini juga berIlahkan makhluk.
4. Orang yang menyangkakan bahawa Zat Allah itu berada di angkasa lepas. Sebenarnya yang berada di angkasa lepas hanyalah makhluk. Ertinya selama hari ini dia menyembah (berIlahkan) makhluk.
5. Orang yang tahu dia sembah Allah tetapi dia tak kenal pun Allah yang disembahnya itu. Sekadar tahu sahaja.
6. Orang yang tersilap sembahan dan pengabdian.
7. Orang yang betul sembahan dan pengabdian tetapi tidak tepat sembahan dan pengabdiannya.
8. Orang yang menyangkakan Allah ada saiz dan Zat Allah itu amat besar saiznya. Padahal apa sahaja yang ada saiz adalah makhluk. Orang itu berIlahkan makhluk.
9. Orang yang menyangkakan sembahannya (Allah) itu ada rupa tertentu, atau bentuk tertentu, atau warna tertentu. Yang ini juga berIlahkan makhluk.
10. Orang yang menggambarkan bahawa Zat Allah itu bertangan, berbadan, berkepala, berkaki, dan amat besar saiznya.
11. Orang yang menyangkakan Zat Allah itu bercahaya terang, berkilau dan bersinar2. Padahal segala yang terang, berkilau dan bersinar adalah makhluk.
12. Orang yang menggambarkan Allah itu jernih atau lutsinar tanpa warna. Padahal setiap yang jernih atau lutsinar itu adalah makhluk. Orang ini sudah pergi haji dan beberapa kali mengerjakan umrah.
13. Allah itu ada rambut dan rambutnya putih semua.
14. Allah setiap orang itu adalah sebagaimana rupa diri kita masing2.
15. Allah ada berwajah dan mulut Allah sedang tersenyum.
16. Allah sedang duduk bersila di atas lapisan paling luar atau paling akhir alam makhluk. Orang ini seorang lulusan agama dan mengajar agama.
17. Allah melambai2kan tangannya memanggil kita. Dan ketika sujud, Allah mengusap kepala kita dengan tangan-Nya.
18. Allah ialah tenaga yang berada di sekeliling kita. Tenaga itu tidak terlihat oleh mata.
19. Allah itu berpakaian serba putih.
20. Campuran rupa segala berhala, manusia, haiwan dan benda2 lain, itulah rupa Allah.
21. Allah ada mata yang saiznya sangat besar. Sebab itulah Dia dapat melihat segala2-galanya di alam makhluk ini.
22. Seluruh alam semesta itulah Allah.
Dan macam2 lagi.
Tersilap bab lain (walaupun masih berbahaya juga) masih tidak mengapa lagi. Tapi jika tersilap bab a’qidah, tauhid, sembahan, pengabdian, Ilah... paling berbahaya. Habis semua jika tersilap bab ini.
Berjaya membetulkan perlakuan solat, cara berpuasa, sirah Rasulullah, adab dengan guru dan ibu bapa, cara bacaan Al-Quran, cara menyebut lafaz2 zikrullah, penulisan surat kiriman rasmi, campuran bahan ujikaji sains, kira2 bahagi dan lain2 pun kita sudah berasa sangat bersyukur dan sukacita. Berjaya membetulkan Ilah, sembahan, pengabdian, ‘aqidah dan tauhid ini... lebihlah lagi nikmatnya. Betulkan, dan seterusnya tepatkan.
10/6/24
No comments:
Post a Comment