Saturday, June 29, 2024

Mimpi Langit Bertukar Jadi Warna Perak

 

Pada malam 15 Ramadhan tahun 2019 yang lalu, saya mendapat satu mimpi berkaitan dengan langit. Tajuknya : Mimpi Malam 15 Ramadhan 2019. Kemudian, berlakulah apa yang Allah kehendaki untuk berlaku. Pada malam semalam 22/6/24, saya mendapat satu mimpi lagi berkaitan dengan langit.


Semalam 15 Zulhijjah 1445 (2024), beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Adha, pada siang dan awal malamnya saya banyak berbual tentang hal ehwal tasawuf, sufi, tauhid, as-sa’ah, dan sebagainya dengan beberapa orang ikhwah Tariqah al-Ghazaliyah. Dalam perjalanan pulang, kelihatan punyalah cantiknya bulan malam 16 yang begitu besar.


Pada jam 4 pagi, saya terjaga daripada satu mimpi yang jika boleh saya mahu lama lagi berada dalam mimpi tersebut untuk menyaksikan keindahan2 dan mengumpulkan maklumat2 yang ada. Secara ringkasnya mimpi tersebut bermula dengan saya berada di suatu bandar besar pada suatu malam. Yang peliknya saya dapat melihat ke seluruh langit, seolah2 sedang berada di tengah lautan.


Tiba2 saya terpandang tulisan besar lagi cantik di langit sebelah timur dalam tulisan Arab/ jawi yang tertera nama Muhammad bin As-Sa’ah. Ketika itu juga secara beransur2 seluruh langit bertukar menjadi warna perak. Berkilat dan berkilau rupanya. Saya khuatir kalau2 tidak ada saksi lalu saya memanggil seorang hamba Allah yang sedang berada di dalam sebuah bangunan besar untuk melihat tulisan besar tersebut. Ketika itu tulisan tersebut mulai memudar kerana kuatnya warna perak langit. Namun hamba Allah itu sempat menyaksikannya lalu mengiyakannya. Hamba Allah itu bernama Azzaman (Az-Zaman) bin Muhammad Akhir. Sementara itu, ada pelbagai lagi keajaiban2 yang berlaku di langit tetapi kebanyakannya tidak dapat saya ingat. Saya berasa amat teruja lalu bercadang untuk terus meneliti kejadian2 di serata langit. Namun ketika itulah mimpi tersebut tamat.


Selepas terjaga, seluruh tubuh badan saya terasa sangat sejuk, hampir2 menggigil. Terus saya cari selimut yang memang tebal. Padahal sudah hampir setahun tidur tidak berselimut langsung kerana cuaca malam memang hangat. Waktu hujan lebat pun tidak berselimut. Isteri saya turut terjaga dan berasa pelik melihatkan saya berselubung selimut tebal sedangkan bilik hangat berkuap. Saya beritahu yang saya bermimpi dan ketika itu tiba2 terasa sangat sejuk. Sambil2 itu saya terus tuliskan isi2 penting mimpi tersebut di telefon bimbit, takut lupa. Wallahua’lam. 23/6/24


No comments: