Friday, June 7, 2024

Soal Jawab - Susah dan Berat Hendak Beramal

 

Pertanyaan : Andainya saya rasa susah sangat nak zikir, nak selawat 24 jam atau nak beribadah sebagaimana orang beriman atau bertakwa beribadah....bolehkah sebagai insan yang masih lemah, yang bodoh tentang hal-hal agama, hal-hal tasawuf... hal-hal yang tinggi... bolehkah kalau paling leceh pun saya mampu buat...adalah berbaik sangka dengan Allah dalam semua keadaan ? Cuba buat yang tu dulu...sebab yang lain bagi saya... susah dan berat nak buat... ni kenyataan jujur.


Jawapannya : Waalaikumussalam.

1. Berbaik sangka dengan Allah itu salah satu maqam yang tinggi di sisi-Nya. Sangat bagus jika dapat diusahakan. Memang bagus cita2 tersebut. Teruskan.

2. Axxx Mxxxxxxx selesaikan hal2 yang fardhu2 dan yang wajib2 sahaja dahulu. Sambil2 itu jika ada kelapangan, tambahlah yang sunat2.

3. Amal2nya tidak mengapa jika masih sedikit, kerana yang lebih penting adalah istiqamah (berterusan melakukannya) walaupun sedikit.

4. Antara cara yang mudah untuk berzikrullah adalah dengan selalu menyebut2 nama-Nya iaitu Allah... Allah... Allah di dalam hati. Sambil2 buat kerja pun kita boleh sebut dalam hati. Jika ada kelapangan, sebutlah nama-Nya di mulut. Jika tak ada, sebut di hati sahaja.

5. Maklumat tentang hal yang tinggi2 itu penting, tetapi ikhlas adalah lebih penting. Axxx Mxxxxxxx ikhlaskan hati dengan Allah, insya-Allah tinggilah diri di sisi-Nya.


6/6/24

No comments: