Pengajian Kitab Solat (Ihya’ ‘Ulumuddin) siri kedua oleh Ustaz Dzul al-Ghazali :
1. Antara usaha kita untuk membalas kasih sayang Allah kepada kita adalah dengan mengerjakan solat, membetulkan solat dan mencatikkan solat.
2. Rumah atau khemah yang tidak bertiang, tidak dapatlah hendak didirikan rumah atau khemahnya. Begitu jugalah dengan ad-diin (agama) yang tidak dapat didirkan jika tidak didirikan tiangnya iaitu solat.
3. Amal2 zahir ibadah solat terdapat dalam kitab2 al-islam (fekah) dan amal2 batin ibadah solat pula terdapat dalam kitab2 al-ihsan (tasawuf).
4. Fadhilat atau kelebihan melaksanakan solat2 fardhu itu sangat banyak. Antaranya – dapat kasih sayang Allah, terjauh daripada murka-Nya, dapat pahala, terselamat daripada dosa, selalu bersih zahir, selalu bersih batin, berada dalam tanggungan Rasulullah saw, menghapuskan dosa2 kecil dan sederhana, dan sebagainya.
5. Sungguhpun ibadah solat itu menjadi asbab terhapusnya dosa2 selain dosa besar yang berlaku antara dua waktu solat, tapi janganlah pula sengaja kita melakukan hal2 yang mendatangkan dosa.
6. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, wali2 Allah mendapat kasyaf dengan segala alam malakut langit dan bumi serta dalam rahsia2 keTuhanan itu dalam ibadah solat terutamanya pada sujud mereka.
7. Jika amalan solat tidak beres, maka amalan2 yang lain pun akan dikira oleh Allah sebagai tidak beres. Maka banyak rugilah segala ma’rifah kita, sedekah kita, jaga ibu bapa kita, jihad kita, tanggung eluarga kita, ibadah qurban kita, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment