Malam 15
Ramadhan tahun 2019… saya bermimpi melihat keindahan-keindahan di
langit.
Mimpi
ini panjang dan bagi saya memang sangat menarik. Terjaga sahaja
daripada tidur, saya terus buat catatan dengan harapan agar banyak
perkara tidak terlupakan. Malangnya tidak sampai 50 peratus pun yang
dapat saya ingat (mungkin 30-40 peratus sahaja). Bakinya masih
panjang dan tidak kurang menariknya. Tidak mustahillah sebahagian
daripada baki mimpi tersebut akan dapat diingati kembali dari semasa
ke semasa. Jadi, saya ingin kongsikan sebahagian daripada sinopsis
mimpi tersebut tanpa saya menyatakan ta’bir, takwil dan tafsirnya.
(Kalau
tidak salah, mimpi ini ada saya kongsikan
secara
lisan ketika
mengadakan program
bahagian kedua (bahagian terakhir) Daurah Kitab Al-Munqiz min
adh-Dhalal dan
dalam Kuliah Ilmu Alam Imam
al-Ghazali
pada
tahun itu. Wallahua’lam)
Dalam
mimpi itu, pada suatu siang, sangat ramai orang termasuklah kanak2
berkumpul dengan hati yang begitu riang ria di sebuah padang
(seumpama Dataran Merdeka tetapi bukanlah Dataran Merdeka.). Mereka
sedang berlegar2 di padang itu sambil menyaksikan satu binaan yang
luar biasa canggih di padang itu. Saya tidak pasti binaan apakah itu
tetapi orang ramai leka berkerumun di hadapannya penuh keterujaan
(seakan-akan konsert besar-besaran, tetapi tiada konsert pun di
situ). Saya memerhatikan situasi tersebut dari seberang jalan tar.
Di
sebelah kiri saya berdiri
seorang ustaz
atau ringkasnya
ilmuwan
agama. Di sebelahnya pula seorang lelaki biasa.
1.
Di
belakang lelaki biasa
itu
berbaris banyak orang2 sepertinya, lelaki dan wanita. Panjang
barisannya.
2.
Di
belakang ilmuwan agama itu pula berbaris agak banyak orang
sepertinya, lelaki
dan wanita.
Barisannya tidaklah
sepanjang barisan si lelaki tadi.
3.
Di
belakang saya pula, pendek sahaja barisannya. Hanya ada beberapa
orang.
Dalam
mimpi itu, saya
tidak
tahu sebab-musabab
kami berbaris sedemikian.
Tiba2 sahaja sudah tersedia sebegitu. Kami
bertiga (dan
orang2 yang berbaris di belakang kami) hanya
berdiri memerhatikan
gelagat manusia di padang dan binaan canggih itu, tetapi kami tidak
pula tertarik untuk turut serta. Hanya sekadar melihat tanpa berasa
berminat.
Dalam
suasana riuh-rendah itu, tiba-tiba berlaku perubahan luar biasa pada
bahagian tengah langit. Semua yang ada di situ (dan saya kira
mungkinlah di serata dunia yang sedang mengalami waktu siang) dapat
menyaksikannya kerana perubahan itu sangat besar lagi sangat tinggi.
Banyak
gambaran muncul di langit. Hebat-hebat dan indah-indah. Semua orang
terpesona melihatnya, disulami dengan perasaan gerun kerana
sedemikian hebatnya apabila langit yang besar itu berubah-ubah bentuk
dan warnanya.
Saya
pun berusaha mengambil gambar dan merakam segala paparan dan formasi
yang berlaku di langit itu menggunakan telefon bimbit. Tiba-tiba
lelaki
biasa di kiri saya
(yakni
di
kiri ilmuwan agama)
itu
mengambil telefon saya dan cuba merakam, namun dia gagal. Saya pun
mengambil telefon itu kembali dan menyambung rakaman.
Kemudian,
muncul satu bulatan besar di tengah-tengah langit. Langit seolah2
terbelah (atau lebih tepat lagi tertembuk). Bahagian dalam bulatan
itu amat cantik, lebih berwarna-warni dan berubah-ubah warnanya. Saya
tidak tahu, apakah bendanya itu (dalam mimpi tersebut). Semua orang
pun terpesona lagi asyik melihat bahagian yang indah itu.
Kemudian
bulatan yang indah itu beriak atau bergelombang, dari tengah (pusat)
bulatan menuju ke tepi-tepinya. Keadaan itu lebih kurang sama seperti
air tenang di danau yang tiba-tiba tertitik setitis hujan, maka air
di kolam itu akan bergelombang-gelombang kecil dalam bentuk bulatan.
Kemudian ia bergelombang macam air di tengah lautan. Begitulah hal
yang berlaku pada bulatan besar yang luar biasa indah di langit
ketika itu.
Tiba-tiba,
berlaku satu letupan besar di tengah padang. Rupa2nya binaan di
tengah padang itu meletup dan terbakar. Huru-hara dan hiruk-pikuk
orang2 di tengah padang itu berlari ke sana ke mari. Kami bertiga dan
orang2 di belakang kami terpinga2 dan masih terus berdiri memerhati.
Kemudian,
gelombang di langit terbelah dalam lingkaran bulat itu berubah jadi
menggerunkan. Ketika itulah aksi semua orang yang ada di sana
terbahagi kepada empat kelompok :
1.
Kelompok pertama (paling ramai) – Mereka ialah orang2 di padang.
Mereka masih sibuk bergegas ke sana ke mari di padang itu. Mereka
sangat terkesan dengan letupan dan nyalaan api pada binaan tadi.
Tumpuan mereka lebih kepada situasi di padang berbanding di langit.
2.
Kelompok kedua (agak ramai) – Lelaki biasa dan orang2 yang berbaris
di belakangnya semua tetap berdiri, tidak bergerak2, seolah2 terpaku
tidak tahu hendak buat apa. Mereka terkesan dengan kejadian di padang
dan kejadian di langit tapi seolah2 sedang mati akal.
3.
Kelompok ketiga (agak sedikit) – Si ustaz dan barisan di
belakangnya terus berpecah bertebaran. Masing2 berlari ketakutan
tetapi mereka tidak ada sebarang arah. Mereka terus berlari masuk ke
serata jalan di dalam bandar/ pekan. Ada yang berlari sambil
menjerit2. Mereka berlari dan terus berlari untuk menyelamatkan diri
masing2 tetapi tidak ada sesuatu tempat tujuan. Mereka seolah2 sedang
hampir hilang akal.
4.
Kelompok keempat (paling sedikit) – Sebaik2 sahaya terlihat
perubahan terakhir yang berlaku pada langit, saya terus berlari
kencang ke satu tempat tujuan. Di dalam mimpi itu, saya tahu mengapa
saya terus tuju akan tempat tersebut tetapi di luar mimpi saya sudah
lupa. Saya berlari di jalan raya lalu terus susap-sasap di celah2
bangunan, halaman, dan benda2 yang ada di sekitar itu.
Saya
pun tiba di satu bangunan yang di dalamnya terdapat ramai ibu2 dan
anak2 mereka. Lalu saya pun berkawal di luar dengan berselindung di
bawah pokok2 sambil terus memerhati akan bulatan/ belahan langit yang
sedang rancak bergolak lagi menyeramkan itu. Otak saya ligat berfikir
akan langkah2 seterusnya untuk saya dan orang2 lain selamat.
Apabila
saya melihat ke sekeliling, ternyata orang2 yang berdiri di belakang
saya tadi pun semua mengambil tindakan yang sama. Saya ternampak
mereka di posisi masing2 tapi agak jauh daripada saya. Sedang saya
meneliti dan berjaga2 itu... mimpi pun tamat.
@@@@@@@@@
Kepada
yang bertanya, inilah mimpinya yang membuatkan saya mengambil
keputusan untuk memberhentikan kesemua pengajian di masjid/ surau dan
menolak segala jemputan ceramah, kerana ada bahagian dalam mimpi ini
yang ta’wilnya mengisyaratkan yang saya kena berhenti. Selama 4-5
bulan juga saya teragak2 dan tertangguh2 kerana saya memang suka
mensyarahkan kitab dan agak suka juga berceramah. Akhirnya pada bulan
Oktober 2019, saya pun nekad mengambil keputusan untuk mula minta
berhenti semua kuliah umum dan tolak semua permintaan ceramah dsb,
sampailah ke hari ini (Mei 2024).
28/5/24