Saturday, November 1, 2025

Pentingnya Adab dan Cara Menghias Rupa

 

KEPENTINGAN ADAB DAN CARA MENGHIAS RUPA

 

Nabi SAW bersabda : “Bahawasanya Allah Taala tidak memandang kepada rupamu dan hartamu. Sesungguhnya Dia memandang kepada qalbumu dan amal perbuatanmu.” (Muslim)

 

Allah tidak memandang rupa fizikal kita atau harta kita, tetapi yang dipandang-Nya ialah qalbu yang merupakan TEMPAT ASAL NIAT, dan perbuatan yang merupakan HASIL DARIPADA NIAT.

 

Rupa kita datangnya daripada Allah. Ringkasnya rupa tidak diberi markah. Tetapi cara dan adab menghias rupa boleh mendatangkan pahala dan boleh juga mendatangkan dosa. Rupa dan cara menghias rupa adalah perkara yang berbeza. Rupa merupakan kejadian semulajadi yang Allah jadikan pada diri kita – seperti berkulit hitam, putih, coklat, berwajah cantik, hodoh, sederhana, berkulit kasar, licin dsb. Hiasan rupa pula contohnya kekemasan, kebersihan, mengikut sunnah atau tidak, kesesuaian pakaian, kesesuaian perhiasan dsb. Memang Allah tidak “pandang” rupa kita, tetapi cara dan adab menghias rupa akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak.

 

-          Nota daripada live streaming channel Tlgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI, 19.10.25

Imam Ghazali Bicara Ikhlas

 

IKHLAS

 

Allah SWT berfirman : “Dan tidaklah mereka disuruh melainkan untuk berabdi kepada Allah dengan ikhlas dalam beragama (ad-diin).” (Al-Baiyinah : 5)

 

Dalam berabdi dan beribadah, kena ikhlas. Jika dibuat hanya kerana dipaksa, amat lemahlah ikhlasnya (dan mungkin akan hilang ikhlasnya). Jika dibuat kerana berasa terpaksa walaupun tiada sesiapa atau apa2 yang memaksa, maka lemahlah ikhlasnya (dan mungkin akan hilang ikhlasnya). Seboleh2nya biarlah kita berabdi dan beribadah itu sampai ke suatu maqam iaitu kerana memang cinta akan Allah.

 

Allah Taala berfirman tentang setiap amal yang ada percampuran kehendak kepada selain Allah : “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (sekadar) debu yang berterbangan (yang tidak bernilai).” (Al-Furqan : 23)

 

Bagi orang-orang yang tidak ikhlas, amal-amal mereka akan seperti debu yang dtiup angin. Alangkah ruginya.

 

-          Nota daripada live streaming channel Tlgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI, 19.10.25