RINGKASAN PENGAJIAN KITAB MISYKATUL ANWAR (Imam al-Ghazali) oleh Ustaz Dzul al-Ghazali (Mei)
1. Kalimah “Alhamdulillah” ini sudah lama kita ucapkan dan selalu kita ucapkan, sejak kita kecil lagi, sebab ia ada pada awal surah Al-Fatihah. Dan kita pun selalu dengar orang sebut “Alhamdulillah”. Terjemahan lain, tafsir lain. Tafsir lebih panjang dan lebih dalam berbanding terjemahan.
2. Sekurang2nya ada dua jenis penglihatan iaitu :
Penglihatan dengan menggunakan mata luaran, atau mata zahir… iaitu mata di kepala kita ini, dan penglihatan dengan menggunakan mata dalaman, atau mata batin… iaitu mata yang di dalam diri kita. Jika hendak DIPERINCIKAN lagi, mata batin itu pula boleh dipecahkan kepada dua jenis pulak iaitu mata ‘aqal dan mata qalbu. Tapi untuk memendekkan cerita, biasanya mata ‘aqal dan mata qalbu ini disekalikan sahaja, lalu kita sebut sebagai MATA BATIN.
3. Oleh kerana akal kita ini sangat lemah, maka ada hal2 yang TAK DAPAT KITA CAPAI dengan akal fikiran. Ada perkara2 yang TAK AKAN MAMPU KITA FAHAM menggunakan akal fikiran. Hal2 yang tak boleh dicapai dengan akal fikiran, kita jangan cuba capai dengan akal fikiran sebab ia boleh membuatkan kita TERSALAH JALAN. Allah memang suruh kita gunakan akal, tapi hanya pada tempat2 yang sesuai untuk akal sahaja.
4. Mengikut Tariqah Ghazaliyah, kebahagiaan yang benar2 teragung ialah sebagaimana yang diperolehi oleh Rasulullah saw. Itulah maqam kebahagiaan yang TERagung. Maqam itu tidak dapat dicapai oleh sebarang makhluk lain.
Kebahagian2 ini sangat berkait rapat dengan 7 mi’raaj iaitu :
Mi’raaj yang pertama – Syariat
Mi’raaj kedua – Tariqat
Mi’raaj ketiga – Haqiqat
Mi’raaj keempat – Ma’rifat iaitu AWWAL AD-DIIN atau awwaluddin
Mi’raaj kelima – NISF AD-DIIN atau pertengahan ad-diin
Mi’raaj keenam – AKHIR AD-DIIN atau akhiruddin
Mi’raaj ketujuh – KAMAL AD-DIIN atau kesempurnaan agama.
Apakah maksud mi’raaj?
Dari segi bahasa Arabnya mi’raaj bermaksud naik, mendaki, tangga, laluan ke atas.
Perkataan al-ma’aarij pada Surah Al-Ma’aarij dari segi bahasanya membawa maksud laluan turun naik atau tempat turun naik.
5. “Adapun kemudiaan daripada itu……. Engkau bertanya kepada aku wahai saudaraku yang dikasihi – (yang dengan pertanyaan tersebut) sesungguhnya Allah telah membolehkan engkau (yakni memilih dan membuka peluang kepada engkau ) untuk mencari (yakni untuk mendapatkan) kebahagiaan terbesar, dan mencalonkan (yakni melorongkan) engkau untuk bermi’raaj (yakni mendaki atau naik) ke puncak tertinggi.”
6. Surat nabi kepada Hiraqal yakni Heraclius – salah seorang raja Rom :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Daripada Muhammad – abdi Allah dan utusan Allah kepada Heraclius kebesaran Rom. Selamat sejahtera kepada orang yang mengikut petunjuk. Amma ba’du, Aku mengajak (mendakwahkan) engkau dengan ajakan (dakwah) Islam. (… sampailah ke akhir surat).”
***Di sini kita boleh lihat peranan kalimah “amma ba’du”.
7. Bolehkah guru mencari murid?
· Ada guru yang sibuk tercari2 murid – Biasanya guru jenis ini ada kepentingan2 keduniaan.
· Ada guru yang tidak tercari2 murid, tapi murid2 yang mencari guru – Ini yang sepatutnya. Inilah guru2 yang berperwatakan ‘alim ‘ulama’.
· Tapi, ada guru yang mencari2 murid – kerana guru2 itu berperwatakan para rasul.
Jika kita lihat sejarah rasul2, sememangnya mereka yang mencari murid.
Maka umumnya, ada perbezaan antara guru2 agama yang berwatak ulama dengan guru2 agama yang berwatak rasul.
8. Dalam surah Al-Annbiya’ ayat 23, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “(Allah) tidak dipersoal tentang kerja-Nya, tapi merekalah (yakni manusialah) yang akan dipersoal tentang apa yang mereka kerjakan.”
Dari segi keputusan, kita serahkan sepenuhnya dan sedalam2nya kepada Allah. Cuma dari segi usaha, tindakan, perubahan, dan progres – bahagian ini kita kena bersibuk2.
Mengapa? Kerana bahagian ini pasti akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah di akhirat nanti. Jangan kita bersibuk2 dengan keputusan, tapi kita bersibuk2lah dengan usaha, tindakan dan perubahan.
Catatan nota oleh Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment