RINGKASAN PENGAJIAN KITAB RISALAH LADUNNIYAH (Imam al-Ghazali) kali ke-3 oleh Ustazah Musf al-Ghazali
1. Ringkasnya, wali2 Allah ialah :
· Orang2 yang lebih dipilih oleh Allah berbanding orang2 lain,
· lebih dekat dengan Allah berbanding orang2 lain,
· lebih suci diri mereka berbanding orang2 lain,
· tetapi mereka tidak sampai ke maqam nabi2.
Para wali disebut sebagai auliya’. Para nabi pula disebut sebagai annbiya’.
Siapakah wali2 Allah yang paling utama? Merekalah 4S iaitu 4 sahabat Rasululah saw yang paling utama, dan sahabat2 utama yang lain. Merekalah maharaja para wali. Merekalah contoh teladan dan ikutan kita yang paling utama.
2. Antara ciri2 utama para wali Allah :
· Mereka berusaha gigih untuk mendekatkan diri kepada Allah.
· Mereka gigih dalam melakukan amal2 wajib.
· Ditambah dengan gigih dalam melakukan amal2 sunat.
· Gigihnya mereka sampailah Allah sendiri pun mencintai mereka.
· Mereka ada ilmu atau pengetahuan tentang hakikat.
· Tindak-tanduk mereka umumnya yang baik2 sahaja kerana sentiasa berada dalam peliharaan Allah.
· Mereka berjaya mengEsakan Allah hingga ke tahap - yang ada hanyalah Allah Yang Maha Esa.
· Doa2 mereka mudah dimaqbulkan oleh Allah.
3. Empat Sayap Ad-diin
Allah bagitau kepada Jibril… 4 sayap. Jibril bagitau kepada Rasulullah dan para sahabatnya… 4 sayap. Para sahabat bagitau kepada tabi’in… 4 sayap. Begitulah generasi demi generasi sampailah kepada Imaam al-Ghazaali… 4 sayap. Begitulah bergenerasi dari Imam al-Ghazali sampailah kepada kita… 4 sayap. Maka… kita usahalah tumbuhkan dan gunakan keempat2 sayap juga. Jangan diabaikan walau salah satu. Kita berguru, bersanad, belajar, beramal, dan mengajar pula kepada orang2 lain.
4. Tafsir Quran dan Tafsir Mimpi
Sebahagian daripada
ilmu tafsir Al-Quran adalah ilmu laduni. Dan sebahagian daripada ilmu tafsir
mimpi juga adalah ilmu laduni.
5. Umumnya :
Orang2 yang jahil akan ilmu laduni, akan cenderung untuk menolak ilmu laduni.
Orang2 yang jahil tentang tiang agama ke-4 iaitu ilmu as-sa’ah, akan cenderung untuk menolak ilmu as-sa’ah.
Orang2 yang tak tahu kewujudan rukun al-ihsan dan rukun as-sa’ah, akan cenderung mengengkarinya.
Orang2 yang jahil tentang maqam2 selepas awwaluddin ma’rifatullah, akan cenderung untuk menafikannya.
…lebih2 lagi kalau orang2 yang dipandangnya lebih rendah daripada dirinya, tiba2 orang2 itu pulak yang ada ilmu tentang hal2 tersebut.
Begitulah seterusnya.
6. Imam al-Qusyairi - salah seorang ulama besar kaum sufi. Beliau juga diyakini sebagai salah seorang wali besar. Beliau mengasaskan Tarekat Qusyairiyah. Gelarannya ialah Zain al-Islam atau Zainul Islam, yang bermaksud Perhiasan Islam. Ketika Imam al-Qusyairi meninggal dunia, Imam al-Ghazali masih anak remaja.
Imam al-Qusyairi merupakan murid dan menantu kepada seorang ahli sufi yang masyhur dalam sejarah iaitu Abu ‘Ali ad-Daqqaq. Al-Qusyairi kemudiannya berkahwin dengan anak kepada Abu Ali ad-Daqqaq yang bernama Fatimah. Imam al-Qusyairi bersahabat dengan bapa kepada Imam al-Haramain. Siapakah Imam al-Haramain? Beliau merupakan guru kepada Imam al-Ghazali. Dari sudut yang lain, Imam al-Qusyairi juga dikatakan mahir menggunakan senjata dan mahir berkuda. Imam al-Qusyairi terkenal dengan kitab tasawufnya yang bernama Risalah al-Qusyairiyah. Imam al-Qusyairi juga terkenal dengan kitab tafsir al-Quran karangannya yang bernama Latoif al-Isyarat (yakni Kehalusan Isyarat).
7. Kisah Abu Ali ad-Daqqaq
Ada satu kisah berkaitan Abu Ali ad-Daqqaq (guru kepada Imam Qusyairi) yang sangat bagus pengajarannya buat kita. Ad-Daqqaq berjiran dengan seorang saudagar kaya-raya yang rajin mengerjakan solat malam. Suatu hari saudagar kaya itu terjatuh ketika hendak mengerjakan solat malam lalu demam. Ad-Daqaq pun menziarahinya lalu memberi panduan :
“Engkau sudah kaya raya, ibadah yang sepatutnya engkau lebihkan adalah menyedekahkan hartamu dan memberi makan kepada orang2 lapar, bukannya engkau sibuk solat malam yang hanya bermanfaat untuk dirimu sahaja.”
Antara pengajaran penting daripada pengalaman ringkas itu :
i) Umumnya keutamaan peranan seseorang dalam hidup ini berbeza-beza mengikut keadaan dirinya dan keadaan2 yang berkaitan.
ii) Membanyakkan usaha2 (termasuklah amal2) itu amat bagus, tetapi hendaklah disesuaikan menurut keutamaannya, dan kena dengan tempatnya.
iii) Kita mestilah mendahulukan hal2 yang lebih penting berbanding hal2 yang penting.
iv) Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja, tetapi kena mementingkan diri DAN diri2 yang lain (yakni umat). Kerana pada maqam yang lebih tinggi, sebenarnya diri dan semua diri2 yang lain itu adalah “satu diri”.
v) Bagi ahli2 sufi dan pelajar2 sufi khususnya, amal ibadah atau pengabdian tidak terbatas ketika mengerjakan solat sahaja, ketika melafazkan bunyi2 zikrullah sahaja, ketika berpuasa sahaja dsb, tetapi dalam seluruh kehidupan. Mendekatkan diri kepada Allah dan menaikkan maqam2 kita di sisi-Nya bukan dengan solat malam sahaja, tetapi dengan membantu orang2 susah juga.
vi) Tasawuf ini bukan dengan duduk berlazat2 setempat, tapi juga dengan bangun membuat.
Tasawuf bukan dengan banyaknya maklumat, tetapi juga dengan tindakan2 berdasarkan maklumat.
Tasawuf bukan dengan menyempitkan amal ibadat, tapi dengan meluaskannya tanpa ada had.
8. Jenis tafsir al-Quran dalam kalangan ulama2 tafsir?
Ada 3 jenis tafsir iaitu :
i) TAFSIR BIR-RIWAYAH. Dikenali juga sebagai Tafsir Bil Ma’thur. Biasanya penggunaaan
aqal dilebihkan.
ii) TAFSIR BID-DIRAYAH. Dikenali juga sebagai Tafsir Bir Ra’yi. Biasanya penggunaan
aqal dilebihkan.
iii) TAFSIR AL-ISYARI. Ahli2 tafsir jenis ini menggunakan aqal, qalbu, atau
kedua2nya sekali. Biasanya penggunaan qalbu dilebihkan.
9. Contoh tafsir al-isyari : Rasulullah saw menyampaikan firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 3 : “Pada hari ini Aku sempurnakan ad-diin kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku redha Islam sebagai ad-din kamu.”
Catatan nota oleh Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment