Pesan arwah mursyid sahaya dahulu iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali pada tahun 1999, selepas 10 tahun Tarekat Ghazaliyah ini disampaikan, sahaya kena buat sekali sahaja majlis penerangan, pengijazahan dan bai’ah Tarekat Ghazaliyah dalam setahun. Antara sebabnya, Tarekat Ghazaliyah ini tidak bermatlamat untuk membanyakkan ahli/ anggota. Lagi sedikit, lagi bagus. Ilmu2 dan amal2nya memang siap2 sudah diniatkan untuk seluruh umat tanpa perlu diijazahkan secara berhadapan dan tanpa perlu berbai’ah. Namun tidak dinafikan bahawa jika dapat diijazahkan secara berhadapan, hal itu adalah sangat bagus. Yang perlu berijazah dan berbai’ah hanyalah orang2 yang bakal disahkan sebagai wakil guru, mu’allim, mursyid atau syaikh tarekat ini.
Ibarat amalan wirid lepas solat fardhu yang biasa diamalkan oleh masyarakat di sekeliling kita, sesiapa yang mendapat tahu tentangnya, bolehlah terus diamalkan tanpa bertaraf perlu untuk berijazah dan berbai’ah pun. Amal2 Tarekat Ghazaliyah pun lebih kurang begitulah halnya. Imam al-Ghazali memang bermaksud untuk seluruh umat.
Jadi, sahaya buat majlis setahun sekali ini sekadar untuk menjalankan amanah yang dipesan oleh mursyid sahaya dulu sahaja. Jika diikutkan kecenderungan hati, sahaya lebih suka tidak diadakan. Tetapi jika ada orang yang jernih lagi ikhlas hati dan bersungguh2 datang mahu mengambil Tarekat Ghazaliyah, saya terimalah juga. Lagi pun hanya setahun sekali sahaja.
4/5/26
No comments:
Post a Comment