Mursyid sahaya dulu memberitahu bahawa apabila kita menjadi guru, kita akan bertemu dengan dua jenis murid iaitu orang2 yang sudah pernah belajar dan orang2 yang belum pernah belajar. Kedua2 kategori murid ini ada kelebihan dan kekurangan masing2.
A. Kelebihan & Kekurangan Mentarbiyah Orang2 Yang Sudah Pernah Belajar dan Beramal
Antara kelebihannya, cawan mereka sudah sedia terisi sedikit-sebanyak. Maka lebih mudahlah untuk guru dan atasan memperbanyakkan isi kandungan cawan tersebut. Hal ini kerana mereka sudah ada sedikit-sebanyak ilmu, amal, pemahaman, kesedaran dan pengalaman. Guru tidak perlu bermula dari yang betul2 asas, atau jika perlu pun sekejap cuma masanya. Murid2 sebegini boleh terus dibawa dengan agak laju sebaik2 sahaja bermula. Pengetahuan sedia ada dan pengalaman sebelumnya sangat membantu pendakian keruhanian.
Namun antara risikonya pula, di dalam cawan itu ada kala sudah terisi atau tercemar dengan benda2 yang salah, yang lemah, atau benda2 benar tetapi yang melemahkan – hasil daripada pelajaran, pengamalan dan pengalaman sebelumnya. Minda dan jiwa mereka sudah kurang atau tidak “fresh”. Biasanya sukar untuk kita “tune” semula menjadi lurus atau jadi berkesan. Mereka sukar untuk dibentuk, dilorongkan dan dimajukan. Sebahagiannya lagi sudah ada yang taksub atau terikat minda dengan hal2 tertentu, pihak2 tertentu atau individu2 tertentu. Maka perjalanan mereka kemudiannya akan jadi lambat pada tempat2 yang tidak sepatutnya terlambat, atau tersangkut pada had tertentu pada tempat2 yang tidak sepatutnya mereka tersangkut. Orang2 sedemikian biasanya akan laju pada awal pendakian, akan jadi lambat pada pertengahan (kerana ada halangan2), dan sangat sukar untuk dibawa atau dilorongkan ke kemuncak.
B. Kelebihan & Kekurangan Mentarbiyah Orang2 Yang Belum Pernah Belajar dan Beramal
Antara kelebihannya, “cawan” mereka umumnya masih kosong dan belum tercemar. Minda dan jiwa mereka masih “fresh”. Biasanya mereka mudah untuk diluruskan dan dimajukan. Mereka belum terkena taksub atau terikat ketat minda dengan sesuatu atau sesiapa. Maka pendakian mereka akan jadi lancar kemudiannya yakni pada pertengahan dan menuju kemuncak.
Antara risikonya pula, guru dan atasan kena mentarbiyah dari asas. Ertinya akan agak lama berada di kaki gunung dan permulaan perjalanan. Hal ini kerana mereka tiada atau kurang pengetahuan, pengamalan, pemahaman, dan pengalaman. Banyak masa kena dikorbankan di kaki gunung. Tetapi pada pertengahan dan menuju kemuncak nanti akan jadi lancar. Satu lagi, sebahagian daripada mereka agak mudah terganggu dengan cerita2 yang wow atau anasir2 luar kerana kurang pengalaman.
21/4/26
No comments:
Post a Comment