Tuesday, July 9, 2024

Mimpi Ilmu As-Saah oleh Tuan A

 

Seorang ikhwan Tariqah Ghazaliyah bernama A bermimpi... dia berada dalam satu majlis ceramah/ pengisian oleh anak murid kepada Xxxxx Xxxx. Dalam majlis itu penceramah mengatakan bahawa tungku agama ini ada tiga iaitu al-islam, al-iman dan al-ihsan. Si A pun mengangkat tangan lalu bertanya, “Bukankah tungku agama ada 4? Satu lagi ialah as-sa’ah.”


Si penceramah menyatakan ada tiga sahaja lalu bertanya, “Dari mana dapat pelajaran tersebut?”

Jawab si A, “Daripada Ustaz Abu Zulfiqar.”


Si penceramah pun berjalan pergi untuk menemui Pak Long Abu Zulfiqar dengan didahului oleh si A. Abu Zulfiqar berada di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan atau pendakian ke atas bukti itu sangat sukar. Sesampainya di atas bukit, ada pagar. Di dalam pagar itu ada sebuah surau dan Abu Zulfiqar berada di dalamnya.


Sewaktu hendak memasuki kawasan berpagar itu, tiba2 ada asap hitam atau anjing hitam yang menghalang. Namun si A berjaya juga melepasinya. Tetapi apabila si A berpaling ke belakang, ternyata si penceramah sudah tidak ada. Tidkalah dapat dipastikan waktu hilangnya si penceramah. Mungkinkah ketika pendakian? Atau ketika mahu masuk ke kawasan berpagar? Wallahua’lam.


8/7/24

No comments: