Kadang2 kita tahu malah sampai ke tahap sedar akan kesilapan, kelemahan dan kekurangan kita, namun kita tetap tidak mahu mengubahnya kerana kita masih berdegil dengan pemahaman yang salah bahawa aku tetap aku, acuan aku, gaya aku, cara aku, dan sebagainya. Sebenarnya apabila semangat keakuan itu berjaya ditundukkan, maka selepas itulah baru kita mendapat diri kita yang sebenar, yang menuju ketulenan. Barulah kita mendapat aku yang lebih baik dan yang sepatutnya. Aku, aku, aku yang awal itu adalah hijab tebal sebelum kita menemukan aku yang sudah berada “dalam jalan pulang menyusur ke sarang”.
Biasanya semangat keakuan itu akan mula memudar sedikit demi sedikit apabila usia kita menjelang 40-an dan ke atas, walaupun ada sahaja orang2 yang sudah 60-an pun masih kental keakuan asalnya itu. Yang sampai ke mati pun ada. Tapi orang2 yang bijaksana akan berusaha berkorban dengan gigih untuk menundukkan dan membuang keakuan itu lebih awal. Sebab itulah mereka dapat mencapai diri mereka yang sepatutnya itu lebih awal berbanding orang2 lain. Contohnya, apa yang orang2 lain mula hendak capai pada usia 40-an, mereka sudah pun mencapainya pada usia 20-an. Tapi, pengorbanan dan susah payah mereka tentulah tidak kecil.
29/6/24
No comments:
Post a Comment