Monday, July 22, 2024

Petikan Pengajian Risalah Ath-Thayr (Risalah Burung) al-Ghazali siri ke-2 oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali

 

1. Imam al-Ghazali digelar sebagai Lautan Tidak Bertepi oleh gurunya Imam al-Haramain.

2. Risalah Ath-Thayr ini tidak cukup dihurai dengan fakta sahaja kerana ia melibatkan perjalanan jiwa.

3. Di “sebalik” diri kita ini ada diri2 yang lain lagi seperti kemalaikatan dan kesyaitanan.

4. Dalam karya ini, burung itu simbol kepada jiwa sementara Burung Si Anqa (Raja Burung) pula adalah simbol kepada Raja/Tuan Punya Jiwa2 iaitu Allah.

5. Tingkatan (maqam) jiwa kita ini memberi kesan kepada ilmu. Ibarat hujan (ilmu) turun di Bukit Larut lalu mengalir turun ke kaki bukit. Ada tanah2 (jiwa2) yang menakung banyak air, ada yang menakung sedikit air, dan ada yang tidak menakung air.

6. Apabila kita lahir ke dunia, kita lupa janji kerana terhijab dengan “gelap” keduniaan ini.

7. Burung ada dua sayap iaitu simbol kepada ilmu mua’amalh dan ilmu mukasyafah (menurut Imam al-Ghazali, inilah dua ilmu yang menjadi “jalan” ke akhirat).

8. Pengorbanan sangat penting dalam perjalanan ruhaniah. Mungkin 2-3 kali ganda perngibana kita berbanding perjalanan orang2 biasa (yang tidak melalui “jalan” ruhaniah).

9. Jika hati kita sudah dipenuhi dengan dunia, adakah lagi ruang untuk cinta Allah? (Maka tafakurkanlah).

10. Nur daripada Allah sentiasa dipancar tetapi tidak smapai ke hati kita kerana terhijab.

11. Jika diri sendiri pun tidak dikenal, bagaimana kita hendka mengenal yang selainnya? Tambah2 jika hendak mengenal Allah.

12. Qalbu itulah perantaran atau “network” antara kita dengan Allah.

13. Mata kepala tidak sama dengan mata qalbu. Pendengaran kepala pun tidak sama dengan pendengaran qalbu. Sampai suatu tahap, yang tidak berbunyi atau berhuruf pun boleh “didengar”.

14. Ada ilmu, tak ada amal = umumnya tidak berguna apa-apa.

15. Tugas guru adalah menyamaikan ilmu tetapi yang memahamkan itu adalah Allah. Pada hakikatnya ilmu milik Allah dan Yang Berilmu hanya Allah.

16. Pada hakikatnya, Allah yang menggerakkan kita untuk “menghampiri”-Nya. Kita bukan siapa2 lagi banyak dosa tetapi atas kasih sayang-Nya, Dia yang memilih kita ke jalan ini. (*Ketika ini penyampai dan sebahagian hadirin mengalir air mata masing2).


No comments: