1. Tanpa tindakan, apalah ertinya ilmu? Tanpa perubahan, apalah ertinya banyak tahu? Imbas kembali tindakan2 yang sepatutnya sudah mula diambil.
2. Semua ilmu agama boleh diAIkan kecuali ilmu al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah) tingkat tinggi kerana ia umumnya bukan dalam wilayah aqal dan maklumat.
3. Pada peringkat yang lebih tinggi, kita akan mula “nampak” bahawa semuanya satu diri.
4. Matlamat kita tetap sama iaitu mencapai 8 bangsa mengenal iaitu kenal diri, kenal Allah, kenal dunia, kenal akhirah, kenal syaitan, kenal malaikah, kenal yang benar, dan kenal yang salah. Selain itu kita juga mahu mengamalkan 8 bangsa kecintaan iaitu cinta Allah, cintai Kitabullah, cintai Rasulullah, cintai as-sunnah, cintai diri, cintai ummah, cintai ‘ibadah, dan cintai dakwah.
5. Tentang malaikat2 utama dan tugas2 mereka, serta keadaan2 mereka di seluruh alam kita ini.
6. Empat pakaian penyampai ilmu iaitu adab (daripada Saiyidina ‘Ali), akhlak (Saiyidina ‘Uthman), benar (Saiyidina Abu Bakr) dan kukuh (Saiyidina ‘Umar) hendaklah dibawa ke dalam seluruh kehidupan kita. Kita berniat dan berusalah untuk mengikuti orang2 terbaik dalam umat ini iaitu R4’S (R-force) – Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain
7. Setap kali kita buat penyampaian, kita cuba bersungguh2 agar isi kandungan penyampaian kita tidak terkeluar daripada manhaj al-Ghazaliyah (Imam al-Ghazali).
8. Kita kena sentiasa beringat bahawa setiap kata, setiap maklumat, setiap gaya dan setiap isyarat yang kita hantar sewaktu penyampaian itu akan dihisab. Jika tidak kena dengan gayanya, hisab untuk setiap perkara itu boleh jadi sangat panjang masanya. Maka berhati2lah. Sampaikanlah hal2 yang penting, yang benar dan yang mahmudah.
9. Akhir2 ini banyak berlaku hal2 yang lebih daripada kebiasaan iaitu banyak orang hilang, banyak mati mengejut, banyak orang bertndak melampaui batas kemanusiaan, banyak cubaan bunuh diri, dan banyak pokok2 besar tercabut. Wallahua’lam. Maka kita jagalah keselamatan, jaga kesihatan, jaga emosi, sentiasa peka dengan hal2 semasa, bijaksana dalam menyaring maklumat, banyakkan berzikrullah dan doa.
10. Tajdidkan diri, jagalah kemahmudahan zahir dan batin. Ke mana2 pun sebenarnya kita sedang membawa imej bagi Allah, agama Islam, Rasulullah saw, Huzaifah al-Yaman, Imam al-Ghazali, tasawuf, sufi, tariqah, Tariqah Ghazaliyah, guru2 dan sahabat2 kita. Jangan sampai semua itu dipandang buruk melalui perlakuan2 kita. Banyak yang sedang memandang dan menilai kita seperti Allah Azza wa Jalla sendiri, para malaikat, orang2 Islam, orang2 bukan Islam, sahabat2 kita, musuh2 Allah, jin2, kaum keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Kita jagalah penampilan yang luaran dan penampilan yang dalaman. Penampilan yang dalaman ini akan terkeluar, terpamer atau terisyarat juga melalui kata2 dan tingkah laku kita.
11. Sangat bagus jika sesekali kita dapat membentuk seakan2 keseragaman, satu hati, dan seolah2 kita daripada satu ibu dan satu ayah.
12. Apa kelebihannya jika kita bermukasyafah? Kita lihat apa pun kita ingat akan Allah. Maka kita akan dapat pahala, dapat kasih sayang-Nya (ini yang utama), dapat maqam yang istimewa dalam tiang al-ihsan, lebih tenang, lebih sukacita, lebih lapang, lebih sukar untuk kalah dengan syaitan, jadi lebih berani dan sebagainya.
13. Jika kita saling bekerjasama, banyak perkara boleh kita laksana, kerana Allah membuka pintu rahmat-Nya. Walau kita kecil jumlah, tetapi insya-Allah berkualiti.
14. Semoga Allah selamat dan sihatkan kita semua di dunia dan di akhirat.
15. Akan datang – mengenang sejarah raja2 al-Ghazaliyah.
No comments:
Post a Comment