Monday, November 14, 2022

Tafsir Mimpi Solat Berjemaah dan Ustaz N

 

Hamba Allah kali ini seorang ahli tasawuf. Dia bercerita yang dia bermimpi sedang berada di dalam sebuah masjid. Di dalam masjid itu ada beberapa orang remaja dan dewasa (20-an). Di sana juga ada Ustaz N (seorang yang terkenal) yang sedang berjalan perlahan-lahan ke arah depan kerana dia akan mengimamkan solat jemaah. Setelah dia berdiri di tempat imam, kumpulan remaja dan dewasa tadi tidak pula berbaris dalam saf di belakangnya, tetapi berbaris dalam saf yang jauh ke belakang dan ke kiri pula kedudukannya. Ustaz N meminta agar iqamah dilaungkan tetapi tiada seorang pun yang bergerak ke hadapan. Semua menunggu sahaja sambil berdiri. Kemudian Ustaz N meminta agar si hamba Allah yang agak hampir dengan golongan muda itu memanggil kumpulan remaja dan dewasa itu agar solat di belakangnya. Apakah maksud mimpi ini?


JAWAPANNYA


Perkara2 penting untuk mentakwil mimpi ini ialah masjid, solat berjemaah, panggilan/seruan iqamah, peribadi Ustaz N, peribadi orang yang bermimpi, anak2 muda, anak2 muda berdiri di saf jauh di belakang hala ke kiri, kedudukan orang bermimpi, dan kosongnya masjid daripada orang2 tua.


Mimpi ini membawa maksud bahawa umumnya generasi muda pada zaman akhir ini jauh daripada orang2 alim dan perjuangan zaman akhir. Mereka mahu mengamalkan agama dan mahu berjuang tetapi mereka banyak cuba-cuba sendiri dan mengikut pandangan sendiri sahaja. Mereka juga tidak suka diperintah-perintah dan dihukum-hukum. Jika diminta atau diarah, umumnya mereka tidak akan mengikut. Namun sebenarnya merekalah bekalan utama untuk perjuangan pada zaman akhir ini. Golongan yang lebih tua daripada mereka pula umumnya tidak mahu terlibat dan jika mahu pun tidak terpilih untuk terlibat. Ringkas kata golongan yang lebih tua itu bukanlah bekalan yang dimaksudkan.


Orang2 alim pula umumnya kurang dapat untuk menarik generasi muda lebih-lebih lagi jika ditarik menggunakan fiqh. Seolah-olah ada ruang pembatas antara dua golongan ini. Jadi, golongan seperti orang yang bermimpilah yang sepatutnya berperanan menarik golongan muda ini dengan kaedah tasawuf dan motivasi, membawa dan melorongkan golongan muda menuju kepada para ulama, ilmu2 agama dan perjuangan zaman akhir. Tamat maksud mimpi ini. Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

13/11/22

No comments: