Friday, November 11, 2022

Minat Bola Sepak Era yang Mana?

 

Selalu orang bertanya kepada saya berkaitan agama tetapi tadi ada seorang hamba Allah bertanya tentang sukan :) Tanyanya : "Ustaz paling minat bola (sepak) era mana?"


Jawab saya, tentulah zaman saya remaja dulu iaitu era Gary Bailey, Bryan Robson, Gary Lineker, Ruud Gullit, Ian Rush, Zico, Lothar Matthaus, Michel Platini, Diego Maradona, Marco van Basten, Peter Shilton, John Barnes, Glenn Hoddle, Socrates, dan yang seera dengan mereka.


Kalau yang dalam negara, era Zainal Abidin Hassan, Azizul Abu Hanifah, Nizam Adha, Radhi Mat Din, Dollah Salleh dan yang sewaktu dengannya. Sempat juga merasa hujung2 era R. Arumugam, Mokhtar Dahari, Santokh Singh dan lain-lain.


6/11/22

No comments: