Monday, November 28, 2022

Pertanyaan Tentang Mimpi Gunung Pokok Pisang

 (Sekadar menjawab satu pertanyaan tentang mimpi gunung pokok pisang tempoh hari)


Wlksm Puan Xxxxx Xxxxxx.

1. Maksud penuh mimpi itu tak dapat hendak dikongsi kerana ada masalah2 dan kekangan2 tertentu yang sangat sukar untuk dielakkan. Seboleh-bolehnya kita memang hendak khabarkan kepada semua orang tetapi tidak dapat berbuat demikian.


2. Tujuan diposkan tu supaya sebahagian orang2 yang membacanya akan memperolehi satu tapak asas untuk memahami hal2 akan datang. Insya-Allah nanti mereka akan lebih mudah untuk memaham dan bertindak berpandukan tapak asas yang sudah diinstall awal2. Tak faham sekarang pun tidak mengapa kerana apabila sampai waktunya nanti, insya-Allah mereka akan dapat buat kaitan dengan lebih cepat. Setakat itu sahaja yang dapat diusahakan buat masa dan keadaan sebegini.


3. Apa yang boleh saya katakan... puan mungkin berbakat (atau mungkin juga memang berbakat) dalam ilmu tafsir mimpi.


Wallahualam.

26/11/22

No comments: