Saturday, November 5, 2022

Malangnya Jika Sudah Taksub

 

Ketaksuban menghapuskan kewarasan. Umumnya orang2 yang sudah taksub, mereka tidak lagi mahu berfikir dan tidak lagi dapat dibuatkan mereka mahu berfikir. Mereka akan terus berpegang dengan apa yang mereka sedia taksubi selama hari ini. Hanya setelah ketaksuban itu berjaya dilemahkan atau dihapuskan, barulah mereka dapat berfikir, mempertimbang dan menilai semula.


Kewarasan pula menghapuskan ketaksuban. Umumnya orang2 yang masih waras dan belum jatuh taksub, mereka masih mahu berfikir, mempertimbang dan menilai. Mereka juga boleh dibuatkan untuk berfikir, mempertimbang dan menilai. Mereka akan terus berpegang dengan pemikiran, pertimbangan dan penilaian kerana tiada apa yang mereka taksubi.


Ketaksuban menghapuskan kewarasan.

Kewarasan pula menghapuskan ketaksuban.


2/11/22

No comments: