Sunday, November 27, 2022

Maklumat Perang Itu 4 Bahagian

 

Maklumat perang itu 4 bahagian :

1. Yang datang daripada persekitaran.

2. Yang datang daripada pemikiran.

3. Yang datang daripada perisikan.

4. Yang datang daripada Tuhan.


Beginilah umumnya khabar daripada zaman Seljuk, zaman Zenggi/Zangki dan zaman Ayyubiyah.


1. Yang datang daripada persekitaran - Maklumat2 yang tersebar secara umum. Diketahui oleh orang ramai. Boleh diperolehi di mana-mana.


2. Yang datang daripada pemikiran - Penilaian dan pandangan diri sendiri. Setiap orang pun ada. Biasanya orang awam dan tentera biasa mempunyai maklumat jenis 1 dan 2 ini sahaja. Baik di pihak kita mahupun di pihak musuh. Mereka akan bertindak berdasarkan dua bangsa maklumat ini sahaja.


3. Yang datang daripada perisikan - Diperolehi melalui kerja-kerja intelijen. Sultan, pembesar2 tertentu, pasukan intelijen, dan orang2 tertentu sahaja mempunyai makumat jenis 1, 2 dan 3 ini. Baik di pihak kita mahupun di pihak musuh. Mereka bertindak berdasarkan adunan 3 bangsa maklumat ini.


4. Yang datang daripada Tuhan - Di sinilah kita ada kelebihan kerana maklumat pihak musuh terhad kepada jenis 1,2 dan3 sahaja. Sebab itulah intelijen zaman Malik Syah, Tapar, Sanjar, Imaduddin Zangki, Nuruddin Zangki, Nuruddin Zangki, Salahuddin al-Ayyubi dan beberapa orang lagi dilatih dengan ilmu dan amal2 kesufian. Mereka bertindak berdasarkan adunan 4 bangsa maklumat ini.


Zaman sekarang, umumnya dunia Islam sudah tidak ada jenis yang ke-4. Sebab itulah kita dan musuh setara sahaja dari segi maklumat khusunya ketika di lapangan atau di medan.


Telusurilah sejarah Imam al-Ghazali khususnya pada era sejurus sebelum beliau beruzlah, era uzlah (paling penting), dan era selepas uzlah kerana yang diceritakan di atas tadi ialah "hasil karyanya".


Apa yang engkau lihat, bukan yang sebenar.

Apa yang engkau sangka, bukan yang sebetul.

Tidak ada yang kebetulan...umumnya.


27/11/22


Tajdid Segar, Tajdid Sebenar


No comments: