Sunday, May 29, 2022

Tips Usaha n Ikhtiar Elak Penyakit Berjangkit

 

Soalan : Sekarang ni macam2 penyakit pelik ada. Camne cara nak elak daripada kena? Kalau Allah dah tentukan kita kena akan tetap kena jugak tapi wajib le jugak (*usaha dan ) ikhtiar supaya jangan kena. Ada tips tak ustaz?


Jawapan : Semua tips yang orang lain kongsi tu umumnya betul belaka dah tu. Ambil dan amalkanlah. Saya cuma nak tekankan dua hal yang paling utama dalam hal ini :


1. Doa - mohon kepada Allah kerana Dia sahaja pada hakikatnya yang ada kuasa untuk bagi kena atau tak bagi kena.


2. Kurangkan bergaul dengan orang2 yang jelas2 membawa tunas2 wabak itu sama ada tunas2 yang aktif ataupun tuan2 yang terpendam. Pendek kata, mana2 orang yang berisiko atau berpotensi tu, kita jarak2kan. Jarakkan perhubungan dan pergaulan akibat wabak itu memang disuruh Nabi, bukannya berujuan untuk memutuskan perhubungan. Kena saling memahamlah. Wabak2 tu datang dengan "perumah". Ia tak datang saja2 terbang mencari kita dari jauh. Jika kita jauh daripada "perumahnya", insya-Allah tak kenalah. Orang2 yang tak membawa tunas2 wabak tu di dalam badannya, mereka tak akan tersebarkannya kepada orang lain.


22/5/22


No comments: