Sunday, May 29, 2022

Pengisian Majlis Penerangan Tarekat Ghazaliyah

 

Apakah antara perkara yang diceritakan dalam majlis penerangan Tarekat Ghazaliyah (berdasarkan Siri 1 yang lalu)? Antaranya :

1. Asal kemunculan Tarekat Ghazaliyah.

2. Sanad2 Tarekat Ghazaliyah.

3. Mengapa kitab utama Imam al-Ghazali dinamakan Ihya' 'Ulumuddin? Apakah rahsia di sebaliknya?

4. Mengapakah Imam al-Ghazali yang terpilih sebagai mujaddid pada kurunnya walaupun ada ramai lagi wali2 Allah dan ulama2 lain?

5. Apakah kaitan dan perbezaan antara tarekat2 induk dan tarekat2 anak (yang lebih bersifat organisasi)?

6. Tentang keserasian 3 tungku awal agama iaitu mazhab fekah Asy-Syafi'iyyah, mazhab akidah Al-Asya'irah dan mazhab tasawuf Al-Ghazaliyah di serata dunia dan khususnya di Alam Melayu.

7. Tentang jalan/manhaj R4S - Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain.

8. Kaitan antara Tarekat Ghazaliyah dan Tarekat Alawiyah. Serta kepentingan kitab induk Ihya' 'Ulumuddin buat kedua-duanya. Juga kaitan Tarekat Gahzlaiyah dengan Tarekat Sayziliha, Suhrawardiyah dan Muhammadiyah.

9. Kisah zaman penzahiran Tarekat Ghazaliyah.

10. Apakah ilmu2 yang turun bersama2 Tarekat Ghazaliyah (ilmu2 Imam al-Ghazali sebagai pendamping kepada ilmu2 khusus Tarekat Ghazaliyah)?

11. Apakah amalan2 Tarekat Ghazaliyah?

12. Adab2 dalam Tarekat Ghazaliyah.

13. Siapakah raja2 dan tokoh2 besar dalam sejarah yang teguh mengamalkan Tarekat Ghazaliyah?

14. Apakah sukatan pelajaran akidah dalam Tarekat Ghazaliyah?

15. Bagaimanakah cara2 untuk cepat maju dalam Tarekat Ghazaliyah?


Insya-Allah dalam Siri ke-2 dan seterusnya kita akan sentuh juga hal2 ini.


17/4/22


No comments: