Sunday, May 29, 2022

Penyakitnya Lain, Ubatnya Lain

 

Kita tahu punca, bolehlah kita usahakan kaedah dan bahan penyembuhan yang bersesuaian.

Kita kenal punca, mudahlah kita usahakan kaedah dan bahan penyembuhan yang berkesan.

Tak tahu dan tak kenal? Itu yang tiada berlaku kesembuhan, atau sangat sedikit kesembuhan, atau semakin jauh daripada kesembuhan.


Pengalaman jadi muallij akhir2 ini khususnya (sebelum "tutup buku") pada Disember dan Mac lalu menyaksikan beberapa perkara tentang "badi" atau "bahadi".

Ada yang kena badi/bahadi mayat, ayam hutan, kijang, ular dan sebagainya.

Yang kena badi/bahadi babi, antara kesannya ialah asyik terasa hendak makan dan berat badan melonjak naik tiba-tiba.

Yang kena badi/bahadi kelawar, antara kesannya ialah asyik terasa hendak tidur atau selalu sakit mata, atau kedua-duanya sekali.

Yang kena badi/bahadi monyet, antara kesannya ialah mudah stress, selalu stress, emosi tidak stabil, mudah bertindak drastik dan ekstrem. Atau mengalami alahan/penyakit kulit. Atau campuran mana-mana kesan yang di atas.

Begitulah seterusnya.


Untuk berusaha dan berikhtiar menyembuhkan orang2 yang kena badi monyet contohnya, kenalah menggunakan kaedah dan bahan yang sesuai dan berkesan untuk menyembuhkan atau mengurangkan kesan badi tersebut. Jika orang itu terkena badi monyet tetapi kaedah dan bahannya itu untuk merawat badi kelawar, pada adatnya memanglah tak akan berlaku perubahan positif walau berapa lama berubat pun. Sakitnya lain, ubatnya lain - ringkas kata sia-sia sahaja.


29/5/22



No comments: