Sunday, May 29, 2022

Mursyid dan Penyakit2 Berkaitan Monyet

 

Arwah guru saya dulu tidaklah aktif sebagai seorang tabib atau muallij tetapi beliau memang ada pengetahuan dalam pengubatan tradisional Islami beberapa penyakit yang jarang2 berlaku. Oleh kerana saya hanya beri tumpuan (hampir2 sepenuh masa selain daripada waktu bekerja) untuk pelajaran tasawuf sufi khususnya Tariqah Ghazaliyah, maka ilmu2 itu tidaklah saya pelajari.


Antara pengetahuannya ialah pengubatan ke atas manusia bagi penyakit2 yang berkaitan dengan monyet (dan segala suku sakatnya). Sangat jarang berlaku penyakit2 sebegitu lebih2 lagi di rantau sebelah sini sampaikan orang ramai sangat kurang mengendahkannya. Maka sangat kuranglah perawat yang ahli tentangnya.


Ringkas kata, ilmu untuk mengubat hati2 manusia yang macam monyet agar kembali jadi hati manusia - sempatlah saya pelajari. Tetapi ilmu untuk mengubat jasad manusia yang terkena penyakit2 monyet - memang tidak sempat. Tak rasa penting pun pada waktu itu.


Namun begitu memang pernah terkeluar dari mulutnya bahawa suatu hari nanti penyakit2 monyet itu akan banyak menyerang manusia. Pada waku itu saya buat endah tak endah sahajalah kerana asyik menumpukan kepada tasawuf sufi. Tapi akhir2 ini nampak macam kata2nya itu menuju kepada hendak menjadi kenyataan pula ( di luar negara). Wallahua'lam.


20/5/22

No comments: