Sunday, May 29, 2022

Rezeki yang Cuba Dinafikan

 

Kisah seorang sahabat... yang pada saya memang luar biasa. Rezeki... Allah yang punya. Dia berkuasa sepenuhnya ke atas rezeki. Dia memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.


Pada awal tahun yang lalu, hamba Allah ini terlepas ratusan ringgit seteah dianiaya orang. Tidak lama selepas itu dia terlepas ratus ringgit lagi kerana dianiaya orang. Menjelang hari raya, sekali lagi dia teraniaya, terlepas lagi ratusan ringgit. Campur2, hampir RM1500 yang sepatutnya menjadi haknya tetapi terbang begitu sahaja. Dia pula bukanlah orang yang berpendapatan tinggi. Maka dia dan keluarganya menyambut hari raya dengan wajah yang kelihatan jugalah kesan2 kurang cerianya. Namun begitu, hamba Allah ini sangat penyabar orangnya lagi gigih usaha dan ikhtiarnya.


Berlalulah hari raya... Beberapa hari selepas raya, rasa pelik pula melihatkan mereka sekeluarga. Tiba2 sahaja kelihatan sangat riang ria. Jernih elok mukanya dan saya yakin ahli keluarganya juga begitu.


Rupa2nya dengan kehendak Allah, tiba2 sahaja selepas raya dia mendapat "durian runtuh" lebih kurang RM15,000! Terlepas RM1,500, Allah ganti cash dengan 10 kali ganda. Allah... terasa nak mengalir air mata mendengarkan kisahnya! Dan yang menambahkan rasa takjub akan kerja Allah ialah... khabarnya dia bakal mendapat kembali RM1,500 yang terlepas sebelum ini (walaupun akan memakan sedikit masa).


Hal sebegini merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan (pada pandangan sayalah). Berbulan2 dia bersabar atas kebenaran, secara mengejut Allah ganjarkan kembali dengan 10 kali ganda, bahkan ada tambahan lagi. Walaupun mereka bergembira raya lewat berbanding orang2 lain tetapi nikmatnya lebih.


Semoga kisah ini bermanfaat buat kita, dapat menguatkan semangat kita untuk banyak bersabar, teguh berdiri atas kebenaran dan yakin penuh akan Allah. Mungkin kita tidak diganjarkan Allah sebagaimana hamba Allah ini di dunia tetapi insya-Allah di akhirat akan dapat juga.


10/5/22

No comments: