Sampailah
sepasang suami isteri yang mereka sendiri yakin lagi mengakui bahawa
masalah kesihatan luar jangka yang sedang mereka hadapi sekarang
adalah berpunca daripada masalah2 kesihatan terkini. Sahaya tak cakap
apa-apa pun tentang hal itu, melainkan keyakinan dan pengakuan mereka
sendiri. Lalu dimintalah sahaya buatkan air penawar, doakan atau
sebarang bacaan berkaitan.
Doa,
zikir, bacaan ayat2 dan seumpamanya itu memang sudah barang tentu.
Tetapi janganlah hanya bergantung 100% kepada itu sahaja. Usaha dan
ikhtiar secara kerja-kerja yang lebih bersifat kefizikalan tetap kena
diusaha dan diikhtiarkan sama. Biar seganding.
Sahaya
suka beri contoh. Maka sahaya pun berilah contoh. Contohnya, tentera
musuh mula menyerbu menyerang kita. Memanglah kita berdoa dan
berzikrullah bagai dengan harapan Allah gagalkan rencana musuh,
tetapi tak sesuailah mengharap itu sahaja 100% lalu kita beramai2
berdiri tegak menanti tanpa sebarang usaha dan ikhtiar yang lebih
bersifat kefizikalan. Dah tentulah kita kena berdiri kemas-kemas,
cabut keluar pedang, kemaskan kedudukan lengan dan perisai, atur
pernafasan dalam mode bertempur, dan sebagainya.
Disambung
pula dengan satu tamsilan. Tidak salah malah berpahala lagi Allah
suka jika kita berusaha dan berikhtiar. Tapi, usirlah jin syaitan
macam mana cara dan bacaan sekalipun, sedangkan di dalam rumah kita
sendiri memang sudah kita letak bermacam2 benda yang sangat menarik
perhatian mereka (magnet), tak adalah seberkesan mana usaha dan
ikhtiar kita itu. Apatah lagi jika kita masih dok menambah
benda-benda yang membuatkan mereka berasa terundang itu. Maka,
kenalah dikeluarkan setakat yang termampu akan benda-benda yang jadi
magnet penarik buat mereka itu. Yang tak mampu kita keluarkan, kita
serahkan kepada Allah sahajalah. Kalau tiang seri rumah lama yang
bermasalah, takkan nak dipotong buang tiang seri? Runtuhlah rumah.
Kita
"bersihkan" dan "pagar" rumah, lalu keluarlah
beberapa makhluk yang tidak kita ingini itu. Namun mereka tetap akan
berusaha masuk kembali keraan magnet penariknya masih banyak di dalam
rumah itu. Lebih-lebih lagi jika kita tambah pula selepas itu
magnetnya.
Barulah
sampai kepada hal sebenar yang hendak disampaikan. Insya-Allah sahaya
buat semua yang diharapkan dari segi doa, zikir dan bacaan semua
itu, namun kena ada hal lain yang tidak kurang pentingnya untuk
dibuat. Apa yang sudah berada dalam badan masing-masing itu adalah
magnet penarik yang sangat kuat kepada 1001 jenis penyakit yang
sentiasa berlegar2 di sekeliling kita. Maka magnet itulah yang perlu
kita nyahkan atau sekurang-kurangnya kecilkan saiz atau kuasanya
terlebih dahulu.
Kalau
kedua-dua orang secara tiba2 sahaja mendapat tiga empat masalah
kesihatan yang tidak pernah ada sebelum ini, lalu kita nak usir
keluar (sembuhkan atau kurangkan), memang boleh. Tetapi, magnet itu
tetap akan menarik datang yang lebih 900 lagi masalah kesihatan lain,
Bahkan masalah kesihatan yang tiga empat tadi pun akan mengulang
datang lagi. Mereka cuma tunggu peluang untuk menyusup masuk sahaja.
Magnet
itu sangat luar biasa. Jika sempat ia bertapak, pada adatnya hampir2
mustahil untuk dikeluarkan lagi. Tetapi kita tetap boleh berusaha dan
berikhtiar untuk mengecilkan saiz kuasa penariknya. Itulah yang
kebanyakan orang sebut sebagai detox (dan apa jua istilah
seumpamanyalah). Sekadar sehujung kuku ilmu yang ada pada sahaya ini,
ringkas kata, pada adatnya, buatlah apa jenis detox beribu kali pun,
magnet itu tetap ada bakinya kerana ia bertapak sangat jauhhhhhh ke
dalam daripada loakasi2 yang boleh dicapai oleh detox. Tapi usaha dan
ikhtiar tetap istiqamah kita lakukan.
Sesiapa
sahaja pun yang mengalami masalah yang lebih kurang sebegitu,
langkah-langkah usaha dan ikhtiar yang suka sahaya sarankan (mengikut
turutan) :
1.
Doa, zikir, bacaan2 dan seumpamanya.
2.
Kurangkan saiz kuasa penarik si magnet. Lemahkan ia. (Sahaya pun
tidak mahir bab2 "detox" ini. Usahalah cari perawat2 lain
yang ahli dalam bahagian tersebut)
3.
Rawat masalah2 kesihatan yang muncul daripadanya.
Dan
tentunya sepanjang melakukan 3 proses di atas, kita kena berterusan
menjaga kesihatan melalui senaman, pemakanan, kebersihan dan
lain-lain.
20/1/22