Tuesday, November 10, 2020

Ilham atau Bisikan Syaitan?

 

SOALAN : Salam ustaz, saya ada persoalan..

Bagaimana nak membezakan antara bisikan syaitan dan ilham daripada Allah, malaikat?

Apakah kalau kita dapat idea dalam tandas tu dikira datang daripada syaitan walaupun ia idea yang baik?


JAWAPAN : Waalaikumussalam tuan. Bahagian ini sangat sukar untuk diperjelaskan kerana ia melibatkan wilayah ILMU KAUM SUFI iaitu WILAYAH QALBU. Jadi saya kongsikan tindakan WILAYAH AQAL (ilmu kaum kalam, kaum falsafah, ahli akal) sahaja di sini.


1. Gunakan aqal nilaikan dengan Al-Quran dan As Sunnah. Jika tidak bertentangan, maka mungkin bukan bisikan syaitanlah. Tetapi syaitan pun sesekali bijak juga. Ia membisikkan sesuatu yang awalnya bagus tetapi penghujungnya nanti tidak bagus.

2. DAN gunakan aqal fikir sendiri. Kita sendiri ada pemikiran untuk mempertimbang. Fikiran ini wujud secara semula jadi hasil pengalaman hidup kita. Sekalipun ia tidaklah sestabil mana, tetapi dapat membantu. 3.


3. DAN guna aqal bertanyalah kepada orang2 soleh atau sesiapa sahaja yang kita pandang bagus pemikiran keagamaannya.


(*Pertimbangkanlah dapatan daripada ketiga-tiga jalan ini)


Seterusnya tentang tempat, tak semestinya dapat idea dalam tandas itu datangnya daripada syaitan. (Di dalam tandas pun kita masih kena BERZIKRULLAH, maksudnya masih kena INGAT AKAN ALLAH, dan masih boleh MELAFAZKAN lafaz2 zikir DI DALAM HATI). Jadi, idea yang diperolehi itu nilaikan semula dengan 3 langkah yang disebutkan di atas tadi.


Begitulah SECARA RINGKASNYA. Wallahu'alam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

10 November 2020

No comments: