Artikel saya SEJARAH RINGKAS TAREKAT GHAZALIYAH http://alexanderwathern.blogspot.com/2020/10/sejarah-ringkas-tarekat-ghazaliyah.html ada mendapat komen daripada pembaca. Berikut adalah perbualan kami.
SOALAN : Salam. Syeikh Abdul Qadir Jailani dari kurun ke berapa tuan? Adakah dia seangkatan dengan Imam Al-Ghazali?
JAWAPAN : Waalaikumussalam Tuan Ibnu Muhammad.
Saya suka untuk menjawab lebih sedikit dalam hal ini kerana ia bersangkutan dengan peranan para wali Allah, yang jarang2 sangat dibentangkan Oleh kerana sudha ada kesempatan ini, sesuailah untuk dikongsikan sedikit.
Imam Al-Ghazali hidup sekitar 1058 hingga 1111 Masihi.
Adiknya Imam Ahmad Al-Ghazali hidup sekitar 1061 sehingga 1023/1026.
Syeikh Abdul Qadir Jilani pula hidup sekitar 1078-1166.
Mereka bertiga seolah-olah wali2 Allah yang bergilir2 bertugas di pusat pemerintahan daulah Islam ketika itu, mengikut zaman masing2.
Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 1111. Tempatnya digantikan oleh adiknya Imam Ahmad Al-Ghazali. Ketika itu Syeikh Abdul Qadir Jilani “bertugas/berperanan” di wilayah2 padang pasir Iraq.
Setelah Imam Ahmad Al-Ghazali meninggal dunia pada 1123 atau 1126, barulah Syeikh Abdul Qadir Jilani masuk semula ke Baghdad sekitar tahun 1127 untuk menyambung “peranan/tugas” tersebut. Beliau telah menghabiskan masanya selama lebih kurang 25 tahun di wilayah2 padang pasir.
Seorang pergi, akan ada seorang pengganti. Begitulah seterusnya zaman-berzaman. Cuma sekarang (setelah jatuhnya kekhalifahan/daulah Islam terakhir iaitu Kekhalifahan Uthmaniyyah), daulah Islam tidak ada pusat daulahnya. Jika kita hendakkan seseorang yang seumpama Imam Al-Ghazali, Imam Ahmad al-Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir Jilani, kenalah ada daulahnya dan pusat daulahnya.
Jadi, sebagai menjawab persoalan tuan, Syeikh Abdul Qadir Jilani pada kurun ke-5 dan ke-6 Hijriyyah. Dia seangkatan (sezaman) dengan Imam Al-Ghazali, cuma muda 20 tahun. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 November 2020
No comments:
Post a Comment