Wednesday, November 4, 2020

Tarekat Ghazaliyah dan Akhir Zaman (7) - Tok Kenali

Soalan : Ada kaitan tak antara Tok Kenali dengan Tarekat Ghazaliyah?


Jawapan : Sefaham kami, Tok Kenali tidak bertarekat Ghazaliyah secara rasminya. Beliau mengamalkan tarekat2 lain. Wallahua’lam.


Tetapi beliau memang sangat meminati karya-karya Imam Al-Ghazali. Beliau sendiri banyak mengajarkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Bidayah al-Hidayah dan Ayyuhal Walad. Ketiga-tiganya karya Imam.


Selain itu, Tok Kenali juga banyak mengajarkan kitab Siyarus Salikin (ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin) dan Hidayah as-Salikin (ringkasan Bidayah al-Hidayah). Kedua-duanya karya Syeikh Abdus Samad al-Falimbani. Syeikh Abdus Samad al-Falimbani ini merupakan antara tokoh terawal yang menyampaikan Tarekat Ghazaliyah di Nusantara, lebih awal lagi daripada Syeikh Muhammad bin Abdullah.


Dikhabarkan juga, pada hujung-hujung hayatnya Tok Kenali ada berusaha untuk menterjemahkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ke dalam bahasa Melayu. Namun ketika beliau baru memulakan kerjanya itu, beliau sudah dijemput pulang oleh Allah SWT. Wallahua’alam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

4 November 2020

No comments: