Monday, November 2, 2020

Sekiranya Malaysia Ikut Cara Sweden, Tidak Mustahil.......

Habis majlis halaqah usrah minggu lepas, kami berbual2 kosong. Suatu ketika sampai kepada tajuk tentang wabak C19. Antara yang disentuh adalah tentang pendekatan negara kita dalam menangani C19. Antara persoalan yang timbul, mengapa negara kita tidak mencontohi cara Sweden yang umumnya tidak melakukan sekatan?

Berikut adalah kemungkinannya.


Fakta sehingga 29 Oktober 2020 :

Sweden berada di tangga ke-43 dunia

Malaysia berada di tangga ke-87 dunia

Nampaknya SEHINGGA TARIKH ITU, Sweden lebih terkesan oleh C19 berbanding Malaysia.


Seterusnya :

Kes C19 di Sweden – 124,355 orang. Kematian – 5,938 orang

Kes C19 di Malaysia – 30,889 orang. Kematian – 249 orang

Dari SUDUT INI pula, nampaknya negara kita masih lebih baik berbanding Sweden.


Seterusnya :

CARA SWEDEN DAN HASILNYA :

Jumlah rakyat Sweden – 10,367,232 orang

Peratusan rakyat terkena C19 – 1.19% (ringkasnya 1.2% rakyat terkena C19)

Peratusan kematian – 0.057% (ringkasnya 0.06% rakyat mati akibat C19)


CARA MALAYSIA DAN HASILNYA :

Jumlah rakyat Malaysia – 32,730,000 orang

Peratusan rakyat terkena C19 – 0.09% (ringkasnya 0.1% rakyat terkena C19)

Peratusan kematian – 0.00076% (ringkasnya 0.0008% rakyat mati akibat C19)


DARI SUDUT INI juga kelihatan cara negara kita DALAM MENANGANI C19 adalah lebih baik.


Seterusnya :

ANDAIKANLAH MALAYSIA IKUT CARA SWEDEN SEDARI AWAL, maka TIDAK MUSTAHIL pada 29 Oktober 2020, HASILNYA :

Jumlah rakyat Malaysia - 32,730,000 orang

Peratusan rakyat terkena C19 (1.2%) - maka 392,760 rakyat sudah terkena C19

Peratusan kematian (0.06%) - maka 19,638 rakyat sudah mati asbab C19


KESIMPULAN RINGKASNYA, jika Malaysia mencontohi cara Sweden sejak awal, tidak mustahil pada AWAL November 2020, kita akan mendapati :

400,000 orang rakyat Malaysia terkena C19.

20,000 orang rakyat Malaysia meninggal dunia asbab C19.


Tidak mustahil juga lebih lagi jumlahnya berdasarkan kekerapan sebahagian rakyat negara kita yang suka melanggar SOP.


Jadi kami berpandangan, mungkin inilah salah satu faktor utamanya kerajaan Malaysia tidak mengikut cara Sweden. Wallahua’lam.


(*Pohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan pengiraan. Maklumkan kepada saya untuk dibetulkan. Wallahua’lam)


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

30 Oktober 2020

 

 

Sehingga 29 Oktober 2020, dalam kalangan negara2 Skandinavia :

  1. Sweden – 124,355 kes, 5,938 kematian

  2. Denmark – 48,241 kes, 724 kematian

  3. Norway – 21,399 kes, 282 kematian

  4. Finland – 16,400 kes, 359 kematian

  5. Iceland – 4,931 kes, 16 kematian


Sejak 30/10/2020 hingga kini 3/11/2020 (sudah 5 hari) data tentang Sweden sudah tidak dapat dicari. Boleh jadi Sweden sudah tidak mendedahkan datanya lagi.

 

No comments: