Alhamdulillah. Syukur. Secara UMUMnya,
masalah perebutan kuasa politik di negara kita ini kira selesailah.
Keputusannya sudah ada, pelaksanaannya pun sudah selesai. Kita semua redha akan
Allah dan kita junjung titah Tuanku YDPA.
Al-faqir sahaya berharap sangat agar
segala kesibukan ini dihentikan serta-merta. Ahli2 politik, para pelabur, dan
khususnya rakyat sudah sangat letih dalam seminggu lebih ini. Beri peluanglah
untuk negara berjalan dengan lancar dan rakyat untuk berehat dan meneruskan
kehidupan dengan aman.
Sebagai seorang yang ada sekelumit
kecil ilmu tasawuf, dalam tempoh seminggu lebih ini, yang paling menakutkan
al-faqir sahaya adalah apabila melihat SEBAHAGIAN orang seolah2 sudah
menjadikan kecintaan kepada politik itu melebihi kecintaan kepada Allah,
walaupun politik memang sangat penting. Pada pandangan ahli2 tasawuf, hal ini
merupakan satu musibah yang sangat besar.
Dalam minda dan qalbu orang2 sebegitu,
"ruang" untuk Allah sudah jadi kecil manakala "ruang" untuk
politik jadi begitu besar hingga mengalahkan "ruang" bagi Allah.
Oleh itu, al-faqir sahaya suka untuk
menyeru semua agar segala ketidakelesaan ini dikendurkan dan dihentikan segera.
Cukup2lah. Janganlah disambung2 lagi. Semoga segala sifat2 mazmumah kita
tundukkan dan kepentingan peribadi kita ketepikan. Dahulukan semangat kekitaan
berbanding keakuan dan kekamian, dan dahulukan kepentingan negara.
Al-faqir sahaya memohon maaf atas
segala kesalahan dan kekurangan. Jom kita kembali memeriahkan majlis2 pengajian
agama, dakwah dan program2 berkaitan. Wallahua'alam.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 MAC 2020
No comments:
Post a Comment