Dalam tulisan pertama bertajuk “MUSIM WABAK (bah. 1)”, kita
bercerita tentang satu kuliah lama di youtube.com/watch?v=kyJgonWHd-A . Kita juga ada menemui kuliah tersebut dalam
format video bergambar di di laman Facebook Tasawuf SUNNI Al-Ghazali yang
disiarkan live oleh Tuan Hafiz di https://www.facebook.com/656172247926837/videos/1223288927813663/
.
Berikut merupakan teks nota kuliah untuk hadirin bagi kuliah tersebut.
Mendengar atau menonton dengan nota kuliah di tangan tentunya lebih bermanfaat.
ADAKAH
BERUBAT MENGHILANGKAN/MELEMAHKAN TAWAKAL?
Apa tujuan
berubat?
Berubat merupakan usaha dan ikhtiar untuk menghilangkan atau
mengurangkan kemelaratan.
Bilakah
berlaku kemelaratan?
Apabila kebolehan tubuh badan menurun.
Maksudnya apabila mulai melemah, sakit, rosak, dan seumpamanya.
Sebab2
yang menghilangkan kemelaratan itu ada 3 iaitu
i)
Sebab2 yang biasanya pasti menghilangkan
kemelaratan,
ii)
Sebab2 yang biasanya dijangka dapat
menghilangkan kemelaratan (yakni berusaha dengan ilmu dan amal yang jelas)
iii)
Sebab2 yang diramalkan dapat menghilangkan
kemelaratan (yakni berusaha dengan ilmu yang tidak jelas).
1.
Hal-hal
yang pasti – Contohnya minum air dapat menghilangkan kemelaratan haus, makan roti/nasi dapat menghilangkan
kemelaratan lapar. Tidak boleh jika kita sengaja tidak mahu mengambil air dan
nasi dengan alasan untuk bertawakal. Kata Imam Al-Ghazali : “Tidaklah termasuk
dalam tawakal jika meninggalkannya.”
2.
Hal-hal
yang dijangkakan (dengan ilmu yang jelas) – Melaksanakan nasihat tabib/doktor
dalam usaha menyembuhkan sesuatu penyakit. Jika kita melaksanakannya, hal itu
tidaklah berlawanan dengan tawakal.
3.
Hal-hal
yang diramalkan (dengan ilmu yang tidak jelas) –
Melaksanakan keputusan-keputusan ilmu tenung, jampi, menengok untung dan yang
seumpama dengannya.Kat Imam Al-Ghazali : “Syarat tawakal adalah dengan
meninggalkannya.”
BERUBAT TIDAK BERTENTANGAN DENGAN TAWAKAL
Berubat tidaklah bertentangan dengan tawakal kerana terdapat
perbuatan, perkataan dan perintah Rasulullah saw tentangnya.
“Tidak ada
suatu penyakit pun melainkan ada ubat baginya (yakni ubat) yang diketahui oleh
orang yang mengetahuinya dan (ubat yang) tidak diketahui oleh orang yang tidak
mengetahuinya, kecuali as-saam (maut).” (Ahmad, Thabrani)
“Berubatlah
wahai hamba Allah! Sesungguhnya Allah menjadikan penyakit dan ubat.” (Turmizi,
Ibnu Majah)
Ditanyakan kepada Rasulullah saw tentang usaha berubat dan ruqyah,
adakah usaha itu bererti menolak takdir Allah?
Jawab baginda : “Berubat
itu sendiri daripada takdir Allah.” (Turmizi, Ibnu Majah)
“Tidaklah
aku melintasi suatu jemaah pun daripada malaikat melainkan mereka berkata :
“Suruhlah umatmu berbekam.” (Turmizi - hasan)
Nabi saw bersabda kepada Ali ra ketika Ali sakit mata : “Engkau jangan makan yang ini (jangan makan
ruthab – kurma yang belum kering).” “Makanlah yang ini (makanlah siliq –
semacam tumbuh-tumbuhan yang dimasak dengan tepung syair).” (Abu Dawud,
Turmizi)
Imam Al-Ghazali menulis : “Ubat-ubat itu ialah sebab2 yang
dijadikan dengan hukum Allah Taala sama seperti sebab2 yang lain. Sebagaimana
roti itu ubat lapar dan air itu ubat haus, maka sakanjabin itu menjadi ubat
kepada penyakit kuning dan sakmunia itu ubat untuk memudahkan buang air besar.”
Imam Al-Ghazali berkata : “Jelaslah bahawa Yang Menyebabkan Sebab2
(Allah) melaksanakan sunnah-Nya (sunnatullah) dengan mengikatkan musabab2
(akibat) dengan sebab2, untuk melahirkan hikmah.”
Kata Imam Al-Ghazali : “Ketahuilah, bahawa mereka yang berubat
dalam kalangan kaum salaf (orang-orang yang terdahulu, biasanya merujuk kepada
umat Islam generasi 300 Hijriyah dan sebelumnya) tidaklah terhingga banyaknya.
Tetapi ditinggalkan juga berubat oleh segolongan daripada ulama2 besar.”
Bagi
mereka (segelintir ulama2 besar zaman salaf itu), boleh meninggalkan daripada
berusaha berubat itu atas beberapa sebab :
Sebab
pertama – “Orang yang sakit itu ialah orang yang memperoleh kasyaf. Telah
terbuka baginya kasyaf bahawa telah sampailah ajalnya. Maka berubat itu tidak
akan bermanafaat kepadanya lagi.”
“Ada yang mengetahuinya melalui mimpi yang benar, ada yang melalui
sangkaan yang berat, dan ada yang melalui kasyaf yang meyakinkan.”
Sebab
kedua – “Orang yang sakit itu sibuk dengan hal ehwalnya, dengan
ketakutan akan akibat kesudahannya dan dilihat oleh Allah Taala kepadanya. Maka
hal-hal itu melupakannya oleh yang demikian akan kepedihan sakit, lalu tiada
melepaskan hatinya untuk berubat, kerana kesibukan dengan hal ehwalnya itu.”
Sebab
ketiga – “Penyakit itu sudah berjalan lama. Dan ubat yang disuruhkan,
dengan dikaitkan kepada penyakitnya itu diduga ada manfaatnya, yang berlaku
sebagai berlakunya tenung dan jampi. Maka ditinggalkan oleh orang yang
bertawakal.”
Sebab
keempat – “Hamba itu bertujuan untuk mengekalkan sesuatu masalah penyakit
supaya memperoleh pahala sakit, dengan kebagusan sabar atas ujian daripada
Allah. Atau untuk dia menguji dirinya pada kemampuan bersabar.”
Sebab
kelima – “Ada hamba itu telah mendahului baginya dosa2. Ia takut
daripada dosa2 itu. Ia lemah daripada menutupkannya (dengan memebri kafarat dan
lain-lain). Maka ia berpendapat bahawa sakit apabila berkepanjangan, maka dapat
menutupkannya. Lalu ia meninggal berubat kerana takut segera hilangnya sakit.”
Sebab
keenam – “Hamba itu berasa dirinya akan permulaan kesombongan dan
kedurhakaan, dengan lamanya masa sihat. Lalu ia meninggakan berubat, takut segera
hilangnya penyakit, maka ia diulang-ulangi oleh kelalaian, kesombongan dan
kedurhakaan.
MENOLAK
PERBUATAN SENGAJA TIDAK MAHU BERUBAT
(SENGAJA
MENOLAK DARIPADA BERUSAHA DAN BERIKHTIAR)
Dakwa sebahagian orang kononnya Nabi saw berubat akan kemelaratan
kerana hendak menunjukkan contoh sahaja. Sebenarnya orang2 yang berusaha dan
berikhtiar berubat akan kemelaratan itu berdaa pada darjat/maqam yang rendah.
Antara
jawapannya – dahaga, lapar dan kesejukan itu juga kemelaratan. Jadi, mengapa
engkau minum, makan dan memakai baju?
Jawapan
lain – Kisah Saiyidina Umar dan para sahabat r.hum dan wabak penyakit
kolera (taun).
Suatu hari mereka menuju ke Syria dan tiba di satu tempat bernama
Al-Jabiah (berhampiran Damsyik). Mereka mendapat khabar bahawa penyakit taun
sedang melanda kawasan itu dan ada banyak kematian di sana. Wujud perbezaan
pandangan sama ada mereka akan masuk ke kawasan itu atau tidak.
Satu golongan tidak mahu masuk kerana perbuatan itu mendedahkan
diri secara sengaja kepada wabak tersebut.
Satu golongan itu bersedia untuk masuk dengan alasan bertawakal,
tidak lari (tidak mengelak) daripada takdir dan tidak lari daripada mati.
Ketika ditanyakan kepada Saiyidina Umar, keputusannya : “Kita
kembali (berpatah balik) dan kita tidak pergi kepada taun.”
Pihak yang berbeza pandangan berkata : “Bukankah tindakan itu
ertinya kita lari daripada takdir Allah?”
Umar ra menjawab : “Benar, kita lari daripada takdrir Allah kepada
takdir Allah.”
Selepas itu Saiyidina Umar pergi mencari Abdur Rahman bin Auf
untuk bertanya. Jawab Abdur Rahman bin Auf : “
Dalam hal ini wahai Amirul Mukminin, ada sesuatu yang aku dengar
daripada Rasulullah saw.”
Umar ra pun berkata : “Allahu Akbar!”
Abdur Rahman menyambung : “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Apabila kamu mendengar ada penyakit taun di suatu daerah, janganlah kamu
datang kepadanya (pergi ke sana). Dan sekiranya terjadi penyakit taun di suatu
kawasan sedangkan kamu berada di sana, makan janganlah kamu keluar untuk lari
daripadanya.” (Bukhari)
Umar ra gembira mendengar ahl itu dan memuji Allah Taala, kerana
bersesuaian hal itu dengan pendapatnya.
Maksud cerita ini, berusaha dan berikhtiar itu termasuklah berubat
tidaklah bertentangan dengan tawakal.
Mengapa ada larangan bagi orang2 yang berada di kawasan kolera
daripada meninggalkannya? Bukankah kita kena berusaha dan berikhtiar untuk
mengelak daripada terkena kolera?
1.
Umumnya dilarang, tetapi dalam kes-kes
tertentu dibenarkan keluar.
2.
Supaya orang2 yang tidak terkena kolera dapat
berkhidmat kepada orang yang terkena kolera. Jika tidak, semua pesakit akan
mati.
3.
Dikhuatiri orang2 yang keluar itu akan
tersebarkan pula wabak itu ke kawasan lain.
TAWAKAL
DALAM MENZAHIRKAN DAN MENYEMBUNYIKAN SAKIT
Umumnya menyembunyikan sakit, menyembunyikan kemiskinan dan
pelbagai dugaan itu adalah sebahagian daripada gedung2 kebajikan. Tetapi
menzahirkannya tidaklah mengapa apabila benar niat dan maksud kita.
Maksud (tujuan) menzahirkan sakit itu :
1.
Untuk berubat. Tentulah kena maklumkan kepada
orang2 tertentu terutamanya tabib. Niatnya memberitahu dan bukannya mengadu.
2.
Untuk memberi pengajaran kepada orang lain.
3.
Untuk menunjukkan kelemahan diri dan
kebergantungan kepada Allah.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
16 MAC 2020
No comments:
Post a Comment