Dalam keadaan sekarang ini, sahaya suka mencadangkan agar tuan2
dapat mendengar semula (dan mengambil manfaat daripada) SATU kuliah sahaya pada
24 September 2018. Isi kandungan kuliah ini secara kebetulan memang kena betul
dengan SITUASI2 yang kita hadapi pada hari ini. Isi kandungannya menjawab
persoalan2 di bawah :
1.
Adakah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan itu
menunjukkan kita lemah tawakal atau tidak bertawakal? Bagaimana pecahan dan huraiannya?
2.
Apakah tujuan kita berubat?
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan
kemelaratan/kemudaratan?
4.
Apakah hal2 yang pasti dapat menghilangkan
kemelaratan? Apa pula hal2 yang hampir2 pasti, dan yang tidak pasti langsung
dapat menghilangkan kemelaratan?
5.
Jalan Huzaifah ibnu Yaman dan Imam Al-Ghazali.
6.
Bagaimana tindakan2 Nabi saw apabila
berhadapan dengan hal2 yang membawa kemelaratan (termasuklah penyakit dan wabak
berjangkit)?
7.
Terkena penyakit itu takdir Allah. Bagaimana
pula dengan berubat?
8.
Panduan Rasulullah saw kepada Saiyidina Ali
dalam berubat.
9.
Ada sebab2 tertentu yang membolehkan kita
tidak mendapatkan pemeriksan dan rawatan. Apakah itu?
10.
Apa antara tindakan kita apabila terkena virus
yang merebak?
11.
Benarkah dakwaan kononnya Nabi saw berubat
hanya kerana nak tunjuk contoh sahaja?
12.
Ketika sesuatu kawasan itu terkena wabak, mengapa
orang luar tidak dibenarkan masuk, dan mengapa pula orang tempatan tidak
dibenarkan keluar? Apakah hikmah2nya?
13.
Bila masanya orang tempat boleh meninggalkan
kawasan wabak?
14.
Sekiranya kita tidak sihat, bolehkah kita
maklumkan kepada orang lain? Terganggukah tawakal kita? Bagaimanakah
huraiannya?
Kuliah ini merupakan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali
ke-256 di Surau Sg Nyior, Trong, Perak yang membicarakan Kitab Tauhid &
Tawakal bagi kali ke-30.
Sahaya fikir, memang sangat bermanfaat untuk didengar.
Wallahua’lam.
Link rakaman : https://www.youtube.com/watch?v=kyJgonWHd-A
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
16 MAC 2020
No comments:
Post a Comment