Wednesday, July 3, 2019

Tips Maju dalam Berzikrullah


Ingatnya banyak tetapi lafaznya sedikit, adalah lebih baik daripada lafaznya banyak tapi ingatnya sedikit.
Utamakan ingat berbanding lafaz, bukannya utamakan lafaz berbanding ingat.

Inilah antara panduan untuk maju zikrullah dalam Tariqah Ghazaliyyah.

Ada yang lafaz kalimah zikirnya ribuan tetapi ingatnya sekejap sekejap.
Ada yang lafaz zikirnya mungkin sekali sahaja, tetapi ingatnya berterusan, sentiasa, lama.

Kejarlah jumlah, tetapi utamakan untuk mengejar ingatnya.
Kualiti diutamakan berbanding kuantiti.

Tetapi jika dapat yang lafaz zikirnya banyak dan ingatnya juga banyak, hal itu adalah paling bagus.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
2 Julai 2019

No comments: