Sekadar percontohan ....
Ada orang yang melafazkan "Laa
Ilahaillallah" (sama ada di mulut atau di hati) 3000 kali dalam masa 1
jam. Tetapi dalam masa 1 jam itu qalbunya sekejap ingat (sekejap memandang) dan
sekejap tidak ingat (tidak memandang) akan Allah. Dicampur semua masa yang
qalbunya ingat akan Allah.... adalah 5 minit sahaja.
Orang kedua pula melafazkan "Laa
Ilahaillallah" 10 kali sahaja ketika terbangun daripada tidur, tetapi dia
berterusan ingat (memandang) akan Allah sejak lafaz pertama tadi sehinggalah
dia pergi mandi, pakai baju, solat subuh dan sarapan. Dalam tempoh satu jam
itu, hampir2 satu jam jugalah qalbunya sentiasa ingat akan Allah.
Jenis pertama, lafaznya (di mulut
atau di hati) banyak, tetapi ingatnya (memandangnya) akan Allah itu sedikit.
Jenis kedua, lafaznya itu sedikit
sahaja, tetapi ingatnya (memandangnya) akan Allah itu banyak.
Jenis kedua adalah lebih bagus
daripada jenis pertama.
Utamakan kualiti, keduakan kuantiti.
Kedua2nya perlu..
Sebab itulah dalam Tariqah
Ghazaliyyah ini tidak ada lafaz zikir yang ribu-ribuan dalam sehari-hari.
Begitulah jalan Al-Ghazaliyyah.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 Julai 2019
No comments:
Post a Comment