Biasanya, apabila menghuraikan sesuatu perkara, pengasas tariqah
ini iaitu Imam Al-Ghazali akan menggunakan sumber-sumber berikut sebagai
sandaran-sandarannya (yang lebih kurang turutannya) :
1.
Beliau akan mulakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah utama.
2.
Diikuti dengan hadis-hadis sahih dan yang berpotensi sahih, sebagai hujah
sokongan kepada ayat-ayat Al-Quran.
3. Diikuti dengan hadis-hadis hasan dan yang berpotensi hasan,
sebagai hujah sokongan kepada sumber-sumber 1 dan 2.
4. Dikuti dengan hadis-hadis dhaif dan yang berpotensi dhaif,
sebagai sekadar pengkayaan kepada sumber-sumber sebelum ini, bukan sebagai
hujah utama.
Inilah jalan yang bagus untuk kita ikuti dalam tariq ini.
Pada awal-awal kitab Ihya' 'Ulumuddin, iaitu pada kitab pertama
daripada 40 kitab yang ada di dalamnya lagi, Imam Al-Ghazali sudah mengingatkan
kita :
"Tidak
ada suatu ilmu pun melainkan ada peringkat yang asas, yang pertengahan, dan
yang mendalam."
"Dalam
ilmu hadith, peringkat asasnya adalah dengan mendapatkan apa yang ada di dalam
kitab SAHIH BUKHARI dan SAHIH MUSLIM, dengan meminta pengesahan akan hadis yang
dipelajari itu kepada seorang yang berilmu dengan matan hadis itu."
"Peringkat sederhana dalam hadis adalah dengan menambah
kepada dua kitab SAHIH di atas dengan hadis-hadis yang terdapat dalam kitab
musnah YANG SAHIH."
*Permata daripada kata-kata ini :
1. Tertolaklah dakwaan kaum salafi wahhabi kononnya Imam
Al-Ghazali belajar ilmu hadis terutamanya Sahih Bukhari dan Muslim pada
penghujung hayatnya. Padahal pada awal2 beliau mengarang Ihya' lagi (pada awal
uzlah 11 tahunnya lagi, bukan pada penghujung hayatnya) Imam Al-Ghazali
mengatakan belajar Sahih Bukhari dan Muslim itu hanyalah peringkat asas sahaja
baginya. Maksudnya juga, beliau mengarang kitab Ihya' dalam keadaan sudah tamat
pengajian kedua2 sahih itu, bahkan ditambah lagi dengan kitab-kitab musnad YANG
SAHIH.
2, Betapa Imam Al-Ghazali sangat menitik beratkan kualiti
hadis-hadis.
3. Para pejalan tariq Imam Al-Ghazali tentunya lebih utama untuk
mencontohi pendahulu kita itu.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
2 Julai 2019
No comments:
Post a Comment