Monday, July 22, 2019

Berhati2 dengan Ajaran Keruhanian yang Bermasalah


Dalam kitab (‘aqidah, tauhid, tasawuf, sufi) Ihya’ Ulumudin, Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali berusaha menyaring ajaran2 keruhanian yang salah.
Dalam kitab (tasawuf, sufi) Misykat al-Anwar, beliau berusaha menyaring ajaran2 keruhanian yang salah.
Dalam kitab (‘aqidah, tauhid, tasawuf, sufi) Al-Munqiz min adh-Dhalal pun, beliau berusaha menyaring ajaran2 keruhanian yang salah.
Dalam kitab (‘aqidah, tauhid) Al-Iqtisad fil I’tiqad, sama juga.
Bgeitu banyak masa yang Imam Al-Ghazali habiskan untuk hal-hal ini.

Apakah ertinya?
Ertinya, ajaran2 keruhanian yang salah itu memang ada.
Ertinya, ajaran2 keruhanian yang salah itu bukan sedikit jumlahnya.
Ertinya, ajaran2 keruhanian yang salah itu memang sangat berbahaya.
Ertinya, ajaran2 keruhanian yang salah itu memang bukan kecil kerosakan yang dibawanya kepada agama dan umat Islam.

Dalam kalangan umat Islam ini, pada zaman Rasulullah saw lagi, sudah ada ajaran2 keruhanian yang salah.
Sepanjang kurun pertama Hijriyyah, semakin bertambah.
Pada kurun-kurun selepasnya, lagilah banyak.
Begitulah seterusnya sehinggalah ke hari ini, penghujung zaman akhir ini.

Tidak pernah ada walau satu kurun yang semua ajaran2 keruhaniannya betul belaka. Cubalah kaji sejarah kurun demi kurun. Janganlah kita berfantasi, mereka-reka dan bersangka2 sendiri kononnya pernah ada suatu kurun yang semua ajaran2 keruhaniannya benar belaka, apatah lagi pada kurun kita hari ini. Iblis dan syaitan memang sangat suka jika kita bersangka2 begitu, kerana matlamatnya untuk merosak dan merojakkan kita, berjaya.

Jika pada asalnya kita terdiri daripada 1 ajaran, kemudiannya semakin terpecah menjadi 73 ajaran. Yang benar hanya satu, yang banyak lagi itu bermasalah belaka. Aliran-aliran yang bermasalah lebih banyak daripada yang lurus. Mustahil kita dapat menafikan pesanam baginda ini. Itu pun dalam juzuk-juzuk besarnya. Jika dipecahkan kepada cabang2 kecilnya, mungkin ratusan, mungkin ribuan jenis ajaran.

Segelintir daripada kita
sangat sibuk untuk mengenal diri dan mengenal Allah,
tetapi terlepas pelajaran untuk mengenal yang benar dan yang salah.

‘Berhala’ pluralisme dan ‘berhala’ liberalisme aqidah/tauhid
tidak melanda orang2 biasa sahaja
bahkan orang2 sufi juga.

Jika ilmu dan pegangan pada wilayah aqal (fikir) pun sudah tersilap
bagaimana mahu selamat dalam ilmu dan pegangan pada wilayah qalbu (rasa)
yang lebih besar gelombang dan lautan fitnahnya itu?
Lagilah banyak silapnya tetapi tidak disedari.

Para wali Allah utama terdahulu meninggalkan banyak pedoman (kitab2 besar, kitab2 kecil, risalah2) untuk kita di kemudian hari ini agar mengambil tahu, pemahaman, kesedaran dan tindakan dalam ajaran2 keruhanian yang pelbagai ini. Malangnya sebahagian daripada kita mengabaikan itu semua. Mustahil Allah mengekalkan segala hasil karya para wali besar itu sehingga ke hari ini hanya untuk hiasan, hanya untuk sia-sia, atau hanya untuk bacaan sampingan. Mustahil bagi Allah melakukan pekerjaan yang sia-sia. Pasti ada kegunaan pentingnya untuk kita generasi hari ini.

Yang benar/betul banyak, yang tidak benar/tidak betul pun banyak juga.
Yang lurus banyak, yang tidak lurus pun banyak juga.
SANGAT berhati-hatilah.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
8 Julai 2019

No comments: