Wednesday, July 3, 2019

Kenali Kebenaran dan Kenali Ketidakbenaran


Tariqah Ghazaliyyah ini jalannya Huzaifah Al-Yaman. Sebab itulah selain daripada ditarbiyyah mengenal yang benar-benar, para pengamalnya juga ditarbiyyah agar dapat mengenal yang salah-salah.
Jalan-jalan yang benar kita kenal, jalan-jalana yng tidak benar pun kita boleh kesan juga.

Umumnya pada setiap zaman, tidak pernah ada keadaan yang semua jalan keruhanian itu benar. Jalan-jalan yang tidak benar sentiasa ada, dan jumlahnya tidak sedikit.
Pada zaman Rasululah saw sendiri sudah ada nabi-nabi palsu yang membawa jalan-jalan keruhanian yang tidak benar. Apatah lagi pada zaman-zaman selepasnya.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 Julai 2019

No comments: