Engkau mestilah
mencari SAUDARA-SAUDARA YANG JUJUR. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana
mereka merupakan perhiasan pada waku senang dan bekalan pada waktu susah. -
Umar Al-Khattab
- Fathi Yakan,
Apa Ertinya Engkau Menganut Islam
Inilah 12 tanda
ulama akhirat sebagaimana yang dinyatakan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali
dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin :
1. Tidak mencari
dunia dengan ilmunya.
2. Cakap serupa bikin.
3. Utamakan ilmu –ilmu yang lebih penting berbanding yang penting-penting,
apatah lagi yang kurang atau tidak penting.
4. Tidak bermewah-mewah pada makan minum, pakaian, perabot, rumah dan
sebagainya.
5. Tidak berlebih-lebihan bergaul dengan para pemerintah, lebih banyak
menjauhkan diri dari mereka.
6. Tidak tergesa-gesa mengeluarkan fatwa. Sangat berhati-hati sebelum
mengeluarkan sebarang kata-kata.
7. Banyak beri perhatian kepada ilmu batin (dalaman/hati/tasawuf), khususnya
ilmu mukasyafah dan mu’amalah.
8. Bersungguh-sungguh menguatkan keyakinan (bukan ‘yakin’ menurut ilmu kalam,
tetapi ‘yakin’ menurut ilmu tasawuf).
9. Sentiasa bertaqwa kepada Allah dan jelas terpamer ketaqwaannya itu pada
dirinya, penampilannya, perlakuannya dan sebagainya.
10. Banyak memperkatakan tentang sifat-sifat mazmumah, untuk menyelamatkan diri
daripada sifat-sifat itu.
11. Mengutamakan pemahaman berbanding hafazan, tetapi tidaklah meninggalkan
hafazan.
12. Menjauhi perbuatan-perbuatan bid’ah (sebagaimana yang diterangkan dalam
kitab Ihya' 'Ulumuddin)
Kita perlu
berdakwah ke dalam dan ke luar.
Dakwah ke dalam untuk MENINGKATKAN KUALITI UMAT.
Dan dakwah ke luar adalah untuk menyeru semua manusia agar kembali kepada
fitrah keIslamannya.
- Abu Hasan Ali
Nadwy, Kembali kepada Islam yang Sebenar
Ada
perkumpulan-perkumpulan yang mempunyai trend keruhanian semata-mata.
Perkumpulan-perkumpulan ini menitik-beratkan soal tarbiyah ruhaniyyah dan
mengetepikan sudut-sudut lain yang sebenarnya diambil berat oleh Islam, seperti
sudut-sudut fikrah, siasah, jihad, tanzim, perencanaan strategi dan lainnya.
Keadaan ini menjadikan perkumpulan-perkumpulan itu JAUH TERSISIH DARIPADA
REALITI HIDUP, JAHIL TENTANG APA YANG BERLAKU DI SEKELILINGNYA, tidak mampu
memahami keadaan dan alam sekitar di mana mereka berada, apatah lagi untuk
mempengaruhi dan merubahnya. - Fathi Yakan
Saya
mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan
dunia ini adalah UNTUK MENGENAL ALLAH sebagaimana sifat-sifatNya yang telah
diterangkan oleh Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya. -
Syaikh Fathi Yakan
Pengertian
muraqabah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Al-Hadis ialah
menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah di setiap waktu dan keadaan seterusnya
mendampingi kepada-Nya ketika tersembunyi ataupun secara terang-terangan. -
Abdullah Nasih Ulwan, Menuju Ketakwaan
Istiqamah
atas jalan yang lurus adalah sangat sulit, tetapi manusia mestilah
bersungguh-sungguh untuk mendekati istiqamah sekalipun tidak mampu mencapai
hakikatnya. - Syaikh Sa'id Hawa, Tazkiyyatun Nafs
Saya mestilah
mengetahui nilai dunia berbanding nilai akhirat seperti yang disebutkan dalam
firman Allah : "Apakah engkau puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti
kepada kehidupan akhirat, padahal nikmat hidup di dunia ini (jika dibandingkan
dengan kehidupan) akhirat HANYALAH SEDIKIT." (At-Taubah : 38)
- Syaikh Fathi
Yakan
Jalan
ini ialah jalan pembersihan dan mengajar mengekang diri, jalan rahmat dan
kemuliaan, jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan, jalan kebebasan dan
ketinggian, JALAN JUJUR DAN IKHLAS. – Syaikh Fathi Yakan
Andainya umat
Islam ini dilahirkan hanya UNTUK MENIKMATI KEMEWAHAN HIDUP, makan makanan
lazat, minum minuman segar, pakai pakaian bergemerlapan, dapat rumah-rumah
megah mewah atau hanya untuk mendapatkan semua itu, sesunguhnya mereka bukanlah
umat yang baharu melainkan hanya saingan kepada manusia dalam berebut harta dan
kekuasaan.
- Abul Hasan Ali
An Nadwi, Kembali kepada islam yang Sebenar
"Sesiapa
yang mempertahankan kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan api dari
mukanya pada Hari Qiamat kelak." (Turmizi)
"Sesiapa
yang melapangkan seorang muslim daripada satu kesusahan dunia, Allah akan
melapangkannya daripada satu kesusahan pada Hari Qiamat." (Muslim, Abu
Daud, Nasa'i, Ibn Majah, Turmizi)
Seorang
da’i mestilah menyuarakan kebenaran di mana sahaja dia bekerja untuk Islam. Dia
mestilah memperkatakan kebenaran di mana sahaja dia berada, sama ada kebenaran
itu disuarakannya melalui PERKATAAN yang mampu diucapkannya atau melalui
TULISAN yang mampu disebarkannya. – Fathi Yakan.
Antara
ciri-ciri khusus kepimpinan ialah mempusakai sepenuhnya warisan Rasulullah
dalam segala sifat yakni amanah, benar, tabligh, fatanah; dan juga dalam usaha
mempelajari Kitabullah, Sunnah Ar-rasul dan tarbiyah Islamiyyah. – Syaikh Sa’id
Hawa, Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami
Jalan
ini tidak akan sangup dilalui oleh orang2-orang yang mementingkan KEREHATAN dan
TUNTUTAN HAWA NAFSU. – Syaikh Fathi Yakan
Jalan
ini merupakan suatu jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka YANG
TAKUT AKAN KESEMPITAN REZEKI dan kehidupan masa depannya. - Syaikh Fathi Yakan,
Maza Ya'ni Intima'i lil Islam
Sabda
Rasulullah saw : “Dan TOLONG-MENOLONGLAH kamu (dalam melakukan) kebaikan dan
taqwa tetapi janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan DOSA DAN
PELANGGARAN.” (Al-Maidah : 2)
Rasulullah
saw berpesan : “Hari Qiamat sudah hampir tiba tetapi manusia masih lagi
BERTAMBAH TAMAK AKAN DUNIA dan BERTAMBAH JAUH DARIPADA ALLAH.” (Turmizi, Ibnu
Majah, Al-Hakim)
Tawakkal
yang benar adalah yang bersamaan dDENGAN USAHA YANG GIGIH, tidak dengan hanya
melihat dan berserah sahaja.
Yang paling
SAKIT QALBU dan TIDAK SELESA JIWA dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis
Nabi saw ialah syaitan, kerana “hentakannya” kena pada qalbu dan “memanaskan”
api jiwa si syaitan. Itulah sebenarnya naar (neraka) YANG DIDAHULUKAN oleh
Allah kepada si syaitan sewaktu di dunia lagi, tetapi tidak disedarinya.
Antara sifat
mazmumah yang sangat halus ialah sangkaan halus lagi dalam bahawa : “Aku mesti
betul. Mustahil aku tersalah.”
Imam Al-Ghazali
mengatakan : “Orang-orang yang mencintai agamanya dan mengetahui bahawa
sebaik-baik amalan ialah berkata yang hak di hadapan penguasa yang zalim,
tentulah mereka akan segera bangun untuk melaksanakan dakwah.” – Abdul ‘Aziz
Al-Badri, Peranan Ulama dan Penguasa
“Tidaklah layak
bagi seseorang yang melihat sesuatu urusan yang di dalamnya ada kebenaran
melainkan DIA MESTILAH MENYATAKANNYA, kerana perbuatan itu tidak akan
mendahulukan ajalnya dan TIDAK AKAN MEMUTUSKAN REZEKI yang telah ditentukan
(oleh Allah) untuknya.” (Turmizi, Ibnu Majah, Baihaqi)
“Syaitan itu
sentiasa MEMBERIKAN JANJI-JANJI kepada mereka dan MELONJAKKAN ANGAN-ANGAN
MEREKA, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain TIPUAN
BELAKA.” (An-Nisa’ : 120)
“MEREKA HENDAK
MEMPERDAYAKANAllah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya
memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Baqarah
: 9)
Keperluan orang
Barat (yang bukan Islam) kepada iman dan risalah dakwah adalah jauh lebih besar
daripada keperluan kita kepada ilmu pengetahuan dan teknologi yang mereka
kembangkan. – Abu Hasan Ali An-Nadwiy
Secara umumnya,
bolehlah dikatakan bahawa hanya ada dua bentuk pemerintahan yang berjalan di
dunia hari ini iaitu :
Pemerintahan
yang kebijaksanannya berpusatkan/berqiblatkan kebendaaan.
Pemerintahan
yang kebijaksanaanya berpusatkan/berqiblatkan hidayah.
- Abu
Hasan Ali An-Nadwiy.
Akhlak Nabi saw
ialah Al-quran. Baginda tidak pernah marah kerana kehendak nafsu melainkan akan
marah apabila KEBENARAN DILANGGAR dan KEADILAN DIPERLEKEHKAN. – Abu Hasan Ali
An-Nadwiy
Ajaran sufi
menyebarkan cinta dan kasih sayang di mana-mana, tetapi tidak bermakna mereka
akan berdiam diri sahaja apabila berlakunya kemudaratan kepada agama dan umat
Islam.
Islam ialah
dakwah, risalah, hidup dan aqidah yang berjalan dan dilaksanakan secara wajar
dan alami. Kerananya, setiap orang Islam mestilah berpandangan luas, jauh lebih
luas daripada KEBENDAAN DUNIAWI, kehendak nafsu dan KEPERLUAN PERUTNYA. – Abu
Hasan Ali An-Nadwiy
Ketika ‘aqidah
dan ad-din umat Islam kuat sekalipun mereka dalam kemunduran, mereka berjaya
menundukkan dua tentera gergasi dunia iaitu Rom dan Parsi. Tetapi apabila
‘aqidah dan ad-din umat Islam lemah sekalipun mereka sedang berada DI PUNCAK
KEMAJUAN DUNIA, Baghdad dihancurkan oleh tentera Tartar yang asalnya datang
dari khemah-khemah kecil lagi mundur kehidupan mereka di gurun rumput Mongolia.
Setiap manusia
yang duduk sahaja di rumahnya di mana sahaja ia berada pada zaman ini, dia
tidaklah terlepas daripada kemungkaran, dari sudut dia berdiam diri sahaja
daripada memberikan petunjuk, mengajar dan membawa manusia kepada perbuatan
baik.
- Imam
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar
Kebanyakan
mereka telah digoda syaitan dan terjerumus ke dalam kesesatan. Masing-masing
telah tertarik dengan KEUNTUNGAN YANG DEKAT, lalu mereka memandang yang baik
menjadi buruk dan yang buruk menjadi baik. Hinggakan ilmu agama sentiasa
dipijak-pijak dan nur hidayah hilang lenyap di segala pelusuk bumi.
- Imam
al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Muqaddimah
“Kecuali
orang-orang yang kembali (bertaubat daripada perbuatan salahnya), membuat
perbaikan, berpegang erat kepada Allah dan IKHLAS kerana Allah semata-mata
dalam agamanya.” (An-Nisa’ : 146)
- Imam
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ikhlas dan Benar
“Sesungguhnya
Allah ‘Azza wa Jalla membantu umat ini dengan orang-orang yang lemah, dengan
doa mereka, dengan KEIKHLASAN dan solat mereka.” (An-Nasa’i)
- Imam
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ikhlas dan Benar
“Barang siapa
yang berperang supaya kalimah Allah itu yang tertinggi. Maka dia itu pada
sabilillah.” (Ahmad)
- Imam
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ikhlas dan Benar
Abu Sulaiman
Ad-Darani berkata : “Jadikanlah benar itu sebagai pisaumu dan kebenaran itu
sebagai pedangmu serta Allah Taala itu tujuan tuntutanmu.”
- Imam
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ikhlas dan Benar
Seorang ahli
hikmah berkata : “Sekiranya engkau itu orang yang benar, nescaya engkau akan
mengenal orang-orang yang benar.”
- Imam
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ikhlas dan Benar
Saya mestilah
mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak mutlak bagi
Allah. Syariat dan undang-undang Allah ini tidak boleh dilewati atau dilanggar.
– Fathi Yakan.
Hendaklah
saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah
saudara kuat kemahuan; dan janganlah teragak-agak di dalam sesuatu perkara yang
benar dan hendaklah saudara sanggup memelihara rahsia. – Hasan al-Banna
Kewajipan-kewajipan
kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri
tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan sekiranya
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya. -
Hasan al-Banna
"Sesungguhnya
Dajjal itu keluar dan sesungguhnya beserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun
yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang
membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka
sebenarnya itu adalah air yang dingin dan enak tawar. Maka barangsiapa yang
menemui Dajjal antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya
sebagai api, karena sesungguhnya ini adalah air enak tawar dan nyaman
sekali." (Bukhari & Muslim)
“Dan mereka
(yang berpaling daripada kebenaran Al-Quran) berkata : “Hati kami sudah
tertutup untuk menerima SERUAN KEBENARAN engkau kepada kami, dan telinga kami
pun sudah tersumbat, dan di antara kami dengan engkau ada dinding penghalang,
oleh itu buatlah (apa yang kamu mahu buat), sesungguhnya kami akan buat (apa
yang kami hendak buat).” (Fussilat : 5)
“Antara
penciptaan Adam dan terjadinya Qiamat, tidak ada fitnah yang lebih besar
daripada (fitnah) Dajjal.” (Ahmad, Muslim)
Akal orang
beriman yang sedar dapat membezakan yang baik dan yang buruk, halal dan haram,
maaruf dan mungkar, kerana orang beriman yang sedar itu melihat perkara ini
dengan cahaya daripada Allah yang dapat melihat sesuatu di sebalik hijab yang
halus. – Fathi Yakan
“Tiga orang yang Allah tidak mahu berbicara dengan mereka pada Hari
Qiamat kelak, (Allah) tidak mahu memandang muka mereka, (Allah) tidak akan
membersihkan mereka daripada dosa. Dan bagi mereka disiapkan seksa yang
sangat pedih. (Mereka ialah ): 1. Orang tua yang berzina. 2. Pemerintah yang
suka berdusta 3. Fakir miskin yang takabur.” (Muslim)
“Dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu pihak mendorong kamu untuk berlaku
tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan.” (Al-Maidah : 8)
“Tanda-tanda
orang MUNAFIK itu ada tiga : 1. Apabila bercakap, dia berdusta. 2. Apabila
berjanji, dia tidak menepati janji. 3. Apabila diberi amanah, dia berkhianat.”
(Bukhari, Muslim)
“Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela
kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Muhammad : 7)
“Sesungguhnya
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.”
(Ghafir : 28)
“Janganlah
seseorang kamu berasa takut kepada manusia untuk menyatakan kebenaran apabila
telah melihat kebenaran dan memperingatkan dengan yang benar.” (Turmizi, Ibnu
Majah, Tabrani)
Nabi saw
bersabda : “Tidakkah aku khabarkan kepada mu tentang dosa besar yang terbesar?
Iaituah memepersekutukan Allah dan mendurhakai ibu bapa.”
Kemudian baginda
duduk lalu bersabda : “Ketahuilah, (termasuk) juga berdusta.” (Bukhari, Muslim)
“Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu
berada bersama-sama orang-orang yang benar.” (At-Taubah : 119)
“Dan penuhilah
janji, (kerana) sesungguhnya janji itu pasti akan diminta
pertanggungjawabannya.” (Al-Isra’ : 4)
“Dan apabila
kamu berbicara, hendaklah kamu berlaku adil sekalipun orang itu dekat dengan
kamu (dari segi hubungan).” (Al-An’am : 152)
“Wahai
orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?
Sangat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak
kamu kerjakan.” (As-Saf : 2-3)
“Cukup besar
dustanya orang yang memberitakan segala apa yang didengarnya (tanpa usul
periksa).” (Muslim)