1. Luruskan adab terlebih dahulu, maka cantiklah dapatan ilmunya, lalu akhirnya cantiklah tindakan hasil daripada ilmu itu. Janganlah dilangkau atau tidak dihirau tentang pengamalan adab.
2. Berabdi (termasuklah beribadah) kerana mahabbah (cinta) itu membawa kepada keringanan, kelapangan dan keterpesonaan.
3. Qalbu yang bagus dapat melahirkan fikiran yang bagus, amal2 ibadah yang bagus dan tindakan yang bagus.
4. Antara detik terendah kita - apabila orang sedang dalam kesusahan yang berat, dan kita hendak sangat membantu, tetapi… kita tidak terdaya untuk membantu
5. Umumnya punca rasa bahagia adalah pada qalbu. Dan qalbu yang kuat itu, ia dapat membahagiakan qalbu2 yang lain.
6. Umumnya prepping paling penting dalam usaha untuk menghadapi dan melalui akhir zaman dna zaman akhir ialah prepping ilmu tentang as- sa'ah.
7. Al-islam meluruskan anggota badan.
Al-iman meluruskan akal fikiran.
Al-ihsan meluruskan kalbu dan perasaan.
As-sa’ah meluruskan persediaan dan tindakan.
8. Imam al-Ghazali, tabib kepada penyakit2 aqal dan qalbu - merawat masalah mental, minda, jiwa, hati, keluh kesah, dan anxiety dengan jalan agama.
9. Jasmani atau jasad ada waktu sihat dan sakitnya. Qalbu ataur uhani juga ada waktu sihat dan sakitnya. Maka tasawuflah yang jadi vitamin dan ubatnya.
10. Jika engkau mahu sekadar mencapai awan, cukuplah dengan berdiri di atas bukit. Tetapi jika engkau mahu menggapai bintang, engkau kena berusaha dan berkorban untuk terbang ke langit.
- Tazkirah FB Abu Zulfiqar al-Amsyari, Jun-Julai 2026
No comments:
Post a Comment