1. Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-iman (‘aqidah, usuluddin, tauhid wilayah ‘aqal, kesejahteraan amal2 wilayah ‘aqal dsb), kenalah prepping ilmunya.
2. Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-islam (fiqh, usul fiqh, hukum-hakam, kesejahteraan amal2 wilayah anggota dsb), kenalah prepping ilmunya.
3. Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, awwaluddin, akhiruddin, kamaluddin, tauhid wilayah qalbu, kesejahteraan amal2 wilayah qalbu dsb), kenalah prepping ilmunya.
4. Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu as-sa’ah (akhir zaman, zaman akhir, awal zaman akhirat, wilayah zaman dsb), kenalah prepping ilmunya.
Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam keempat2 tungku agama atau tiang ad-diin sebagaimana yang ditekankan dalam hadith Jibril ini, kenalah prepping ilmu2nya. Prepping bukan dari segi makan minum dan kelangsungan hidup di dunia ini sahaja (walaupun majoriti manusia memang telah, sedang dan akan terus buat begitu). Prepping paling utama = ilmu.
Maka dalam keempat2 fardhu agama ini, kita mestilah berusaha mencari ilmunya, kita berguru, dapatkan ilmu yang melalui sanad yang muttasil (tiada terputus), dan kita belajar berterusan dari semasa ke semasa.
Contohnya, jika kita tidak ada ilmu tungku al-iman (‘aqidah) lalu kita tidak mencari ilmunya, kita tidak pernah berguru dan tidak pernah belajar - bagaimana kita hendak hidup beraqidah dengan benar, menyaring isu2 berkaitan ‘aqidah, melalui cabaran2 ‘aqidah dsb? Ilmu tungku ‘aqidah ini bukan boleh direka2, atau dikaji2 sendiri, atau sepenuhnya mengikut2 sahaja kata2 orang itu orang ini. Paling kurang pun kita sudah pernah berguru dan belajar dengan orang2 yang sepatutnya dan melalui jalan yang sepatutnya.
Maka, prepping yang paling utama adalah prepping ilmunya (tanpa meninggalkan prepping hal2 lain).
- Petikan pengisian lanjutan ilmu as-sa’ah & ilmu alam al-Imam al-Ghazali, 24 Mac 2026 bagi Kumpulan A
No comments:
Post a Comment