Bulan Ramadhan menjelang tiba. Bagi yang mampu, ulang kajilah Kitab Hikmah Puasa (Kitab Rahsia Puasa) karangan al-Imam al-Ghazali di dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri darpada 40 buah kitab di dalamnya). Banyak hal2 penting yang bersifat lanjutan yang umumnya tidak terdapat dalam penulisan2 lain berkaitan Ramadhan dan ibadah puasa di dalamnya.
Bagi yang kurang mampu, bolehlah membacanya sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran umum secara keseluruhan. Di samping itu, cari2lah jika ada pihak2 yang mensyarahkan Kitab Hikmah Puasa ini atau sekurang2nya membacakannya, maka duduk2lah dengan mereka. Jika tidak ada, mohonlah kepada para pengajar yang berdekatan dengan tempat anda untuk menyampaikan isi kandungannya walaupun sekadar selitan dalam kuliah2 mereka, mengikut kelapangan mereka.
Sekiranya kita yakin bahawa pengajar itu memang layak dari segi ilmu dan amalnya (sekalipun si pengajar tidak pernah mempelajari Kitab Rahsia Puasa ini sehingga khatam, tidak bersanad lengkap, dan tidak diamanahkan oleh gurunya untuk mengajarkan kitab ini) boleh sahaja kita ikuti.
Sekurang-kurangnya setahun sekali menjelang Ramadhan, kita ulang kaji atau ulang bacalah Kitab Hikmah Puasa di dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini. Kita jadikan amalan dan budaya.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
8/2/26
No comments:
Post a Comment