Apakah matlamat yang mahu dicapai dalam Tarekat Ghazaliyah ini?
Secara ringkasnya (tanpa huraian lanjut), antara matlamat yang mahu dicapai :
1. Untuk mencapai awwaluddin ma’rifatullah dan maqam2 yang di atas daripadanya (dalam 7 petala tasawuf – iaitu nisf ad-diin, akhir ad-diin & kamal ad-diin).
2. Untuk mencapai ilmul yaqin – ‘ainul yaqin – haqqul yaqin – kamal yaqin.
3. Untuk mendapatkan ilmu & amal mu’amalah serta ilmu & amal mukasyafah.
4. Untuk mendapatkan takhalli – tahalli – tajalli – (dan kemuncaknya)
5. Untuk mencapai sebagaimana “ehwalnya” atau “keadaannya” R4’S (R Four’s / R-Force).
R4’S inilah golongan yang mencapai setinggi-tinggi maqam dalam kalangan umat ini. Keruhanian mereka adalah sebaik-baik keadaan. Tiada sesiapa yang setanding dengan mereka. Imam al-Ghazali sendiri bermatlamatkan sebagaimana “keadaannya” R4’S.
Siapakah R4S (Rfour’s ini?
R- Rasulullah SAW
4 – Empat orang sahabat paling utama iaitu Saiyidina Abu Bakar r.a, Saiyidina ‘Umar r.a, Saiyidina ‘Uthman r.a dan Saiyidina ‘Ali r.a.
S – Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang utama seperti Huzaifah ibnu Yaman r.a, Mu’az bin Jabal r.a, Abu Ubaidah al-Jarrah r.a dan lain-lain.
Dulu2 belum ada istilah R4S. Dulu2 mursyid saya sebut : “Sebagaimana ehwalnya Rasulullah SAW, 4 orang sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain.” Tapi ayat ini panjang untuk kita ulang2 selalu. Maka saya ringkaskan jadi R4S sahaja.
- Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026
No comments:
Post a Comment