Sunday, October 11, 2026

Mengapa Sanad Tarekat Itu Sangat Penting?

 

Mengapa sanad tarekat itu sangat penting?

1. Supaya kita boleh menilai dengan lebih baik akan asal-usul sesuatu tarekat itu.

2. Supaya kita boleh mengagak dengan lebih baik akan kekuatan, kesahan dan kebenaran sesuatu tarekat itu. Dengan ada sanad pun kadang2 timbul juga masalah, apatah lagi jika tanpa sanad (yang muttasil, bersambungan tanpa terputus).

3. Supaya kita mendapat berkat.

4. Sebagai benteng pertahanan untuk kita. Orang sukar untuk mempertikaikan ilmu, amalan dan pengajaran kita.

5. Supaya kita tahu akan guru2 kita.

6. Supaya kita punya rasa perhubungan yang erat dengan Rasulullah saw dan tokoh2 sesuatu ilmu itu. Bagi yang lelaki, tangan bertemu tangan dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah sampai ke tangan Rasululah saw. Ertinya kesan tapak tangan Rasulullah saw itu sampai ke tangan kita melalui tangan guru2 kita. Sesekali cuba tuliskan sanad tarekat ini sepenuhnya dari awal yakni daripada Rasulullah saw dan masukkan nama kita di akhirnya. Insya-Allah akan terasa satu kenikmatan yang lain daripada yang lain.

7. Sebagai pengesahan bahawa kita memang mengambil dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah.

 

Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026

No comments: